Posts

Tanda-tanda kegagalan sesebuah organisasi

Ini merupakan keratan artikel yang aku jumpa berkaitan dengan kepimpinan (leadership). Semoga ianya memberi manfaat kepada setiap pemimpin dan organisasi. Kenapa aku kongsikan artikel ni? Sebab aku merasakan sejak 2010 iaitu selama lebih kurang 4 tahun berlakunya kepincangan dan kegagalan dalam organisasi di jabatan tempat aku bekerja sehingga kesannya wujud sehingga ke hari ini... Dysfunctional leadership symptoms and warning signs: Dictatorial Leadership: Management that does not allow disagreements out of insecurity or arrogance. No 360 Degrees Feedback: There is limited or no leadership performance feedback. Personal Agendas: Recruitments, selections and promotions are based on internal political agenda, for example hiring friends to guarantee personal loyalty at the expense of other highly performing and more-qualified employees. Political Compensation: Stock options, bonuses and perks are not fairly linked to performance. Inefficient Use of Resources: Budgets are allocat...

Hampir 300km setiap hari...

Image
Hari ni sudah hampir 3 minggu aku meneruskan rutin harian dengan memandu hampir 150km dari Sepang ke Melaka dan 150km lagi untuk pulang ke rumah pada setiap petang yang menjadikan jarak setiap hari pemanduan aku adalah lebih kurang 300km setiap hari. Jarak sehala mengambil masa hampir 2 jam memandu dengan kereta Perodua Kelisa bermakna 4 jam aku berada di dalam kereta setiap hari. Semua ini aku terpaksa lalui kerana tuntutan kerja. Apapun aku perlu kuat dan sumber kekuatan dan tenaga untuk aku meneruskan perjalananku setiap hari pergi dan balik adalah mereka ini... Apapun aku redha dengan perancangan dari Allah ini dan aku percaya setiap kepayahan akan ada kesenangan dariNya...

Reunion Geng Manchester...

Image
Pada hari Ahad yang lepas, Abg Zaini dan Kak Pau jiran sebelah rumah dan host kami semasa di Manchester telah menjemput kami ke majlis kenduri kahwin adik beliau. Setelah hampir 10 bulan kami pulang ke tanah air akhirnya kami dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kenalan di Manchester semasa kenduri tersebut. Semoga perkenalan dan persahabatan yang terjalin sepanjang berada di Manchester akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Temuduga COTI

Image
Beberapa hari lepas aku telah menghadiri sesi temuduga Program COTI untuk Kumpulan Junior. Bagi penjawat awam rasanya tentu familiar dengan term COTI ni. Proses pemilihan untuk terpilih ke Korea bukanlah satu yang mudah dari hampir 400 orang yang terpilih untuk ditemuduga hanya 20 orang sahaja yang akan berjaya. Jadi peluang untuk dapat adalah amat tipis, namun sekiranya ada rezeki InsyaAllah boleh merasa mengikuti pengalaman mengikuti program ini. Sebenarnya setiap temuduga adalah hampir sama, yang penting adalah persediaan. Untuk temuduga COTI, kelemahan yang aku dapati selepas tamat sesi temuduga berkenaan adalah aku lebih banyak bersedia dengan maklumat COTI tapi kurang dari segi bagaimana untuk menyampaikan maklumat berkenaan. Penilaian oleh penemuduga adalah lebih banyak kepada personaliti, penyampaian, cara jawapan berkenaan difahami (tersirat/ tersurat) dan bagaimana kita menyusun perkataan untuk menjawab soalan berkenaan. Tapi yang paling penting juga jawapan kita hendakl...

After 7 months...

Image
Dah lama rasa nak update blog ni tapi perasaan malas sentiasa menyekat keinginan tersebut. Hari ini setelah 7 bulan, aku cuba memulakan langkah dengan menulis apa sahaja yang terlintas untuk dikongsikan di dalam blog ni (walaupun takde orang baca...). Bulan ini merupakan bulan ke 7, aku ditugaskan di Melaka dan 7 bulan jugalah blog ni bersawang... Tahun 2014, setakat ini merupakan tahun yang mencabar bagi aku dan keluarga, mungkin ianya tidaklah seberat rakan-rakan aku yang lain. Namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Aku harap aku dan isteri sentiasa tabah dan sabar mengharungi ujian ini. Aku yakin akan ada kelebihan yang Allah akan berikan di atas kepayahan pada hari ini. Untuk release tension dan habiskan masa berkualiti dengan wife ngan anak2 jom jalan2 Cameron Highland!

Farewell

Image
Ucapan terima kasih kepada Pn. Melisa, Kak Mai dan team dari MTMD atas majlis farewell td. Walaupun simple tp cukup bermakna.

Redha dengan ketentuan??

Image
Hari ni terdetik untuk meluahkan pendapat aku tentang redha, pasrah. Sejak kebelakangan ni banyak isu dan berita yang menunjukkan rakyat Malaysia ni terutama orang Melayu sememangnya sentiasa redha dengan apa sahaja yang berlaku tak kira perkara itu baik atau buruk. Memang dalam agama pun menyatakan bahawa kita sepatutnya percaya kepada qada dan qadar tapi kita juga dituntut untuk berusaha untuk melakukan sesuatu perubahan supaya perkara yang tidak baik itu dari berlaku. Kalau kita memandu kereta secara sengaja dengan laju dan melalu sampai eksiden adakah itu suatu yang kita perlu redha terutama sekiranya ianya melibatkan orang lain. Kalau sesuatu ketentuan itu suatu yang positif seperti kenaikan pangkat, naik gaji, dapat anak, jodoh dan sebagainya takpe, ni banyak benda yang berlaku yang pada pandangan aku perlu diambil tindakan supaya perkara yang berlaku tu takkan berulang.  Contoh masyarakat Malaysia yang baik hati dan redha tak tentu pasal; 1. 6 orang mati lepas makan ayam m...

From Manchester to Melaka

Hari ni hampir sebulan kembali dr bumi Manchester... Sepanjang sebulan banyak urusan perlu diselesaikan ditambah dengan berita pertukaran ke tempat yang baru buat ke sekian kalinya. Kali ni lokasi agak jauh iaitu di Melaka. Di harap pertukaran memberikan seribu rahmat dan rezeki kepada kami sekeluarga walapun pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi dalam masa terdekat ni... Insya allah..

Terima kasih Abg Zaini dan Kak Pau..

Image
Abang Zaini dan Kak Pau merupakan jiran sebelah rumah di Manchester ni. Banyak jasa baik dan pertolongan yang diberikan kepada kami sejak kami mula-mula menjejakkan kaki di bumi Manchester ni malah sebelum kami bertolak dari Malaysia lagi. Merekalah yang menolong kami untuk mendapatkan rumah sewa di sini hinggalah menyambut kedatangan kami dengan membawa makanan kepada kami pada saat kami pun tak tau hendak mencari makanan halal di mana. Alhamdulillah malam pertama di Manchester kami dibekalkan dengan nasi yang dibawa oleh Abg Zaini. Sepanjang kami di Manchester, Abg Zaini dan Kak Pau lah tempat rujukan kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat...banyak jasa keluarga Abg Zaini terhadap kami sekeluarga dan rasanye tak dapat kami balas. Hanya Allah dapat membalas jasa baik Abg Zaini, Kak Pau dan keluarga. Semalam sempat masak nasi goreng tak seberapa untuk sarapan mereka sebelum bertolak ke airport.. Harap berjumpa lagi di Malaysia In Sha Allah... Edited 30.12.2015: 2 orang dala...

Salji di Manchester..

Image
Hari ni 25 Januari keadaan cuaca musim sejuk di Manchester agak membosankan, salji dah tak turun. Kesan salji yang turun dua tiga hari lepas pun dah kering. dEsok pulak diramalkan hujan... Harap salji akan turun lagi, nanti dapat la merasa bermain sledging dan buat orang salji. Orang kata rugi la dah sampai negara mat saleh tapi tak merasa main salji..so kalau takde jugak salji nampaknye kena la explore UK cari tempat masih ada salji. Gambar anak-anak posing kat belakang rumah masa ada salji Salji yang ala ala... orang lama duk sini bagitau salji kat kawasan memang macam ni tak banyak kalo nak banyak pegi belah north Sekarang Pn. Isteri tengah exam...so duk rumah je la jawabnye, tggu exam habis bleh gi jalan2...

Listen! listen! listen!

Image
Sejak beberapa hari ni hangat diperkatakan berkaitan satu video yang telah menjadi viral dengan tagline listen!listen!listen!... Kita semua pernah menjadi student, dan kebanyakan dari kita pernah menjadi mahasiswa jadi satu yang normal untuk seorang student bertanyakan soalan walaupun kadang2 soalan yang dikemukakan adalah soalan yang bodoh. Sebagai seorang yang dewasa dan matang, adakah kita perlu untk marah dan melenting disebabkan oleh soalan2 bodoh berkenaan? Sekiranya kita seorang cikgu atau seorang ibu bapa ditanya dengan soalan2 yang mengarut adakah kita akan marah dan menghentikan anak berkenaan dari bertanyakan soalan atau kita memberikan jawapan yang terbaik dan merasionalkan persoalan yang diutarakan oleh anak atau murid kita Dalam kes video ni, emosi lebih banyak menguasai diri moderator tanpa memberikan jawapan atau fakta yang jelas bagi merasionalkan pandangan atau mindset yang ada pada student berkenaan. Apapun penting utk kita mempunyai fakta yang jelas sama ad...

Resepi nasi pilau paling senang...

Image
Bahan-bahan 3 cawan beras basmati 1 Bunjut sup (buka bunjut dan amik isi dlmnya) 1/2 cawan Kismis Bawang besar sebiji Air rebusan ayam Ayam setengah ekor 2 sudu besar serbuk kunyit Sos nando's Minyak utk goreng Cara masak Rebus ayam mcm masak sup ayam. Asingkan ayam dari air rebusan. Ayam kemudian diperap seketika dengan sos nando kemudian dimasuk ke dalam oven suhu 150' celcius hingga masak. Beras dicuci dan direndam dalam air selama 30 minit kemudian tos air Panaskan minyak dan goreng bahan bunjut sampai naik bau kemudian masuk kismis, serbuk kunyit dan bawang. Masuk sikit garam dan goreng sebentar (2 minit). Masukkan beras dan masuk air rebusan ayam dan biar mendidih kemudian kecikkan api, tutup periuk dan tggu sampai nasi masak. Keluarkan ayam dari oven dan hidangkan bersama nasi Ps: Nilah akibatnye jd suri rumah, post resepi la plak hehehehe...

Nak jadi pelukis

Image
Cita-cita masa kecik dulu nak jadi seorang pelukis komik. Kat sekolah aku pernah lukis komik ninja turtle dan ghostbuster kat buku tulis pastu aku akan bagi budak sekelas baca dengan sekali baca 20 sen. Masa tu aku baru darjah 3. Hari ni aku terpaksa lupakan cita-citaa zaman kanak-kanak tu dan fokus dengan kerjaya aku sekarang sebagai penjawat awam. Tapi untuk setahun ni, aku tak bekerja jadi inilah masa untuk aku hidupkan semula seni dalam diri ini. Pensil dah aku beli jadi sekarang untuk mulakan praktis melukis yang dah lama ditinggalkan. Ok mari tengok hasilnya...

Kerja kerajaan vs swasta

Hari ni selepas solat Jumaat di British Heritage, dalam perjalanan balik ke rumah sempat kami berbual kosong berkaitan kerja kerajaan yang pada pandangan orang kerja swasta kerja yang sangat la rilek. Masuk kerja pukul 8.00 pagi keluar pukul 8.30 pegi minum pastu pukul 9.30 masuk pejabat, pukul 10.30 keluar minum lagi...petang minum lagi...balik minum lagi dan lagi lagi minum. Kerja pulak senang tak stress, kalau kerja di kaunter layan macam nak tak nak, kalau berhubung dengan seorang pegawai dengan telefon memanjang tak ada kat pejabat..kejap meeting, pastu kursus, cuti dan seterusnya.. Memandangkan hanya aku sorang yang kerja kerajaan jadi nampak gaya kena tahan je la pandangan 4 orang kawan aku yang kerja swasta ni. Aku bukan la nak mengiyakan apa yang diutarakan oleh mereka tapi ini merupakan apa yang orang kata sebagai stigma atau persepsi terhadap kerja sebagai penjawat awam. Mungkin disebabkan oleh pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam menyebabkan keseluruhan penjawa...

Fast forward 2013

Masa bergerak dengan pantas, sekali lagi kita berada di tahun baru tahun 2013. Aku plak setelah setahun meninggalkan blog ni tersadai tiba2 tergerak untuk hidupkan semula blog ni. Maju ke depan dengan pantas melangkau peristiwa yang berlaku selama setahun hari ni aku berada di perantauan di negara mat saleh di bumi England, lebih spesifik di Manchester. Sehingga update post ni aku dah berada di sini selama 4 bulan menemani isteri yang sedang menyambung pengajian di peringkat master selama setahun. Cabaran baru dan peranan baru aku yang sebelum ni sibuk di pejabat dan tempat kerja, hari ni aku adalah seorang suami rumah aka suri rumah yang kena uruskan 2 orang anak, masak, bersihkan rumah.. Walaupun kadang2 rasa tertekan tapi bersyukur sebab diberi peluang merantau ke negeri orang, selain dapat menenangkan jiwa dan perasaan dari politik pejabat yang ntah hape hape... Harap pengalaman kat manchester ni menjadi suatu kenangan dan pengalaman berharga untuk dikongsikan bersama... Wa...

Bertukar lagi!!!

Image
Hari ni aku terima sekali lagi surat pertukaran ke Bahagian yang baru. Tak tahu la ape agenda disebalik pertukaran aku kali ni. Harap ianya akan berkekalan lebih lama daripada 3 bulan. Sebenarnya bukanlah nak komplen tentang pertukaran, sebab pertukaran atau perubahan akan sentiasa berlaku dalam diri kita tidak kira dalam pekerjaan dan kehidupan...satu lumrah. Terdapat sebuah buku yang aku baca baru-baru ini sedikit sebanyak memberi motivasi untuk berhadapan dengan pertukaran yang entah hape-hape ni bertajuk "Who Moved My Cheese?", buku yang simple dan mudah untuk difahami sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Walaupun takde la best macam membaca buku mangga, mastika atau majalah apo?, tp ok la untuk orang-orang yang baru nak berjinak dengan hobi membaca. Buku ni berkisar ttg 2 org manusia kecil dan 2 ekor tikus yang sentiasa mencari keju dalam maze. Manusia sentiasa mencari alasan dan menyalahkan org lain dan tidak mahu menerima kenyataan tentang perubahan yang menyebabk...

Cara Ikat Tali Leher Lain Daripada Yang Lain

Image
Cara memakai tali leher mengikut personaliti dan kegunaan tertentu...boleh cuba kalau berani

Aku kembali!

Dah hampir 3 tahun aku tak update blog ni. Banyak sebab aku tak update blog ni, salah satunya aku dah takde idea nak update ape kat blog aku ni. Peralihan usia ke lebih dewasa ni menyebabkan banyak perkara yg perlu aku tumpukan selain menulis di dalam blog. Lagipun blog aku ni pun masih tiada fokus. So, tahun ni sempena tahun baru dan azam baru aku akan cuba update blog ni dengan maklumat tentang perkara-perkara yang dekat dengan diri aku dan apa yang aku minati. Selain memahirkan lagi diri aku dengan teknik blogging. Post pertama tahun 2011 ni adalah percubaan aku yang pertama untuk aktifkan kembali blog ni. Harap lepas ni akan ada post-post lain dari masa ke semasa.

Letto - Sebelum Cahaya (klik utk download)

Sebelum Cahaya Lirik :- Ku teringat hati Yang bertabur mimpi Kemana kau pergi cinta Perjalanan sunyi Engkau tempuh sendiri Kuatkanlah hati cinta Ingatkan engkau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu sebelum cahaya Ingatkan engkau kepada Angin yang berhembus mesra Yang kan membelaimu cinta Kekuatan hati yang berpegang janji Genggamlah tanganku cinta Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri Temani hatimu cinta Ingatkan engkau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu sebelum cahaya Ingatkan engkau kepada Angin yang berhembus mesra Yang kan membelaimu cinta Ku teringat hati Yang bertabur mimpi Kemana kau pergi cinta Perjalanan sunyi Engkau tempuh sendiri Kuatkanlah hati cinta Ingatkan engkau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu sebelum cahaya Ingatkan engkau kepada Angin yang berhembus mesra Yang kan membelaimu cinta Ingatkan engkau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu sebelum cahaya Ingatkan engkau kepada Angin yang berhembus mesra Yang kan membelaimu cinta Kan memb...

Bunga Api Putrajaya

Image
Event ni dah lama dah, bulan Ogos hari tu tp saje je nak menghidupkan balik blog aku ni. Minggu-minggu kebelakangan ni aku rasa agak suram, so sonok kalo dapat ingat balik saat-saat ceria masa tengok bunga api hari tu...