Hampir 300km setiap hari...

Hari ni sudah hampir 3 minggu aku meneruskan rutin harian dengan memandu hampir 150km dari Sepang ke Melaka dan 150km lagi untuk pulang ke rumah pada setiap petang yang menjadikan jarak setiap hari pemanduan aku adalah lebih kurang 300km setiap hari. Jarak sehala mengambil masa hampir 2 jam memandu dengan kereta Perodua Kelisa bermakna 4 jam aku berada di dalam kereta setiap hari. Semua ini aku terpaksa lalui kerana tuntutan kerja.

Apapun aku perlu kuat dan sumber kekuatan dan tenaga untuk aku meneruskan perjalananku setiap hari pergi dan balik adalah mereka ini...



Apapun aku redha dengan perancangan dari Allah ini dan aku percaya setiap kepayahan akan ada kesenangan dariNya...


Comments

Reen said…
tq b for your sacrifices
i love you

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..