Aku akan berkahwin pada...

"Bila kau nak kawin?" Aku tak tau la dah berapa kali orang bertanyakan aku soalan ni. Setiap kali berjumpa dengan kawan yang lama tak berjumpa pasti soalan ni akan ditanya. Jawapan bagi soalan ni aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau diikutkan memang la aku pun mempunyai keinginan sebagaimana orang lain, cuma buat masa sekarang aku tengah mencari seorang pasangan hidup yang saling aku sayang dan dia juga menyayangi aku, orang yang boleh menerima aku seadanya dan juga keluarga aku dan aku menerima keluarganya. Sekiranya dah berjumpa dengan orang tersebut aku takkan berlengah lagi untuk terus je berkahwin. Buat masa sekarang, sasaran aku untuk berkahwin adalah pada tahun depan kalo boleh, takpun pada 08/08/2008, dengan sape? Wallahualam..aku sendiri pun tak pasti dan sedang mencari kepastian.

Aku harap dengan posting ni, akan menjawab segala persoalan yang bermain dalam benak fikiran kawan-kawan aku yang asik bertanya soalan ni kat aku...

Comments

mon said…
salleh,
bila ko nak kawin?
RPD said…
Uik, tanya lagi..
Dong_Sanchai said…
salleh..bila nak kawin??
Anonymous said…
abg leh, bila abg nak em..em
saya masih taruna bang, lamar la saya lamar la...

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..