Nyanyuk...


Sejak mula posa ni, rutin aku hari-hari duk depan komputer dr pkl 8.30pg sampai la ke pukul 5.30 ptg, aku rs kepala hotak aku ni dah jd blur dah sbb asik duk depan komputer je. Time rehat dr duk depan komputer pun masa pegi solat tak pun time ada mesyuarat, selebihnya masa aku dihabiskan depan komputer. Nak kata banyak keje tak jugak, bulan-bulan posa ni memang kurang skit keje-keje yg aku dapat, kalo ada pun keje remeh temeh cam translate BI ke BM. Ye la mentang-mentang aku baru kat sini, kerja pun bagi yang remeh temeh je.

Ni baru hari ke 5 posa, aku dah rs kepala aku jd berat dah kena pancaran radioaktif komputer ni. Kalo hari biasa ada gak keluar-keluar gi makan tengahari, minum petang, mengular sejak bulan posa ni baik skit duk je kat tempat sendiri walaupun takde keje.

Semalam, aku rs mcm org nyanyuk sgt, aku bleh drive kete aku ngan hand brake tak turun. Dah jauh baru la pasan, masa tu tayar kete dah berasap dah. Ingatkan sebab ape la kete aku ni slow, rupanya handbrake tak turun. Terserlah kenyanyukan aku, pastu aku nak pegi amik kete aku kat parking, tekan2 alarm lock takleh hidup, ingatkan takde bateri, rupanya2 nye aku gi bukak kete orang lain...kui kui kui, aku rasa driver dia ada je tgh lepak kat depan aku..hehehehe malu, nyanyuk giler. Sebelum tu aku masuk lif terturun kat tingkat yang salah, malu jap kat p.a bos aku yg kebetulan sekali kat dalam lif.

Hmmm..mcm2..harap2 tak biol dah pasni..


P/S: Kepada Reiza yang akan kembali ke Bandung dan melanjutkan pelajaran ke German aku ucapkan semoga berjaya. Harap persahabatan dan kenangan di Malaysia kekal dalam ingatan. Aku doakan kamu cepat nikah, supaya tidak tewas dengan cubaan di German

Comments

pandai nasihat kawan kawin ya, diri sendiri tu bila lagi. Ingat apa pun tak tau la sampai nyanyuk gitu skali. Bila nak jupa ni?
RPD said…
Aku tak tau lg la bila sampai jodoh. Harap2 tahun depan aku kawin, skrg tgh mencari pasangan yang ideal dgn aku
mon said…
amboi..amboi....
Reen said…
hehheheeheh
cari jangan tak cari
moga berjaya

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..