Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda:

"Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak aku ucapkan kepada semua umat Islam di muka bumi ini, semoga bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan amal ibadat dan keamanan sejagat di seluruh dunia Islam...

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..