Temuduga COTI


Beberapa hari lepas aku telah menghadiri sesi temuduga Program COTI untuk Kumpulan Junior. Bagi penjawat awam rasanya tentu familiar dengan term COTI ni. Proses pemilihan untuk terpilih ke Korea bukanlah satu yang mudah dari hampir 400 orang yang terpilih untuk ditemuduga hanya 20 orang sahaja yang akan berjaya. Jadi peluang untuk dapat adalah amat tipis, namun sekiranya ada rezeki InsyaAllah boleh merasa mengikuti pengalaman mengikuti program ini.

Sebenarnya setiap temuduga adalah hampir sama, yang penting adalah persediaan. Untuk temuduga COTI, kelemahan yang aku dapati selepas tamat sesi temuduga berkenaan adalah aku lebih banyak bersedia dengan maklumat COTI tapi kurang dari segi bagaimana untuk menyampaikan maklumat berkenaan. Penilaian oleh penemuduga adalah lebih banyak kepada personaliti, penyampaian, cara jawapan berkenaan difahami (tersirat/ tersurat) dan bagaimana kita menyusun perkataan untuk menjawab soalan berkenaan. Tapi yang paling penting juga jawapan kita hendaklah unik atau original berbanding orang lain seperti dalam keratan komik di atas...

P/S: Tak harap sangat dapat, tapi kalau dapat Alhamdulillah..

Comments

Anonymous said…
hehee.. nak tanya.. u dapat tak?

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..