Bertukar lagi!!!


Hari ni aku terima sekali lagi surat pertukaran ke Bahagian yang baru. Tak tahu la ape agenda disebalik pertukaran aku kali ni. Harap ianya akan berkekalan lebih lama daripada 3 bulan. Sebenarnya bukanlah nak komplen tentang pertukaran, sebab pertukaran atau perubahan akan sentiasa berlaku dalam diri kita tidak kira dalam pekerjaan dan kehidupan...satu lumrah.

Terdapat sebuah buku yang aku baca baru-baru ini sedikit sebanyak memberi motivasi untuk berhadapan dengan pertukaran yang entah hape-hape ni bertajuk "Who Moved My Cheese?", buku yang simple dan mudah untuk difahami sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Walaupun takde la best macam membaca buku mangga, mastika atau majalah apo?, tp ok la untuk orang-orang yang baru nak berjinak dengan hobi membaca.



Buku ni berkisar ttg 2 org manusia kecil dan 2 ekor tikus yang sentiasa mencari keju dalam maze. Manusia sentiasa mencari alasan dan menyalahkan org lain dan tidak mahu menerima kenyataan tentang perubahan yang menyebabkan bekalan keju habis. Tikus pula adalah perumpaan manusia yang cepat menerima perubahan, apabila cepat terima perubahan maka akan cepat menemui keju atau cheese yang baru...

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..