Kerja kerajaan vs swasta

Hari ni selepas solat Jumaat di British Heritage, dalam perjalanan balik ke rumah sempat kami berbual kosong berkaitan kerja kerajaan yang pada pandangan orang kerja swasta kerja yang sangat la rilek. Masuk kerja pukul 8.00 pagi keluar pukul 8.30 pegi minum pastu pukul 9.30 masuk pejabat, pukul 10.30 keluar minum lagi...petang minum lagi...balik minum lagi dan lagi lagi minum. Kerja pulak senang tak stress, kalau kerja di kaunter layan macam nak tak nak, kalau berhubung dengan seorang pegawai dengan telefon memanjang tak ada kat pejabat..kejap meeting, pastu kursus, cuti dan seterusnya..

Memandangkan hanya aku sorang yang kerja kerajaan jadi nampak gaya kena tahan je la pandangan 4 orang kawan aku yang kerja swasta ni. Aku bukan la nak mengiyakan apa yang diutarakan oleh mereka tapi ini merupakan apa yang orang kata sebagai stigma atau persepsi terhadap kerja sebagai penjawat awam. Mungkin disebabkan oleh pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam menyebabkan keseluruhan penjawat awam dicopkan sebagai tidak bagus. Melihat kepada kekerapan seorang penjawat awam keluar minum sebenarnya bukan la seperti apa yang digambarkan atau difikirkan oleh semua orang. Tak semua penjawat awam yang keluar minum pagi petang dan sebagainya tetapi tidak dinafikan adapenjawat awam yang sedemikian. Ini semua adalah bergantung kepada niat masing-masing.

Orang kata kerja kerajaan tak stress tapi aku rasa kerja kat mana-mana pun stress tapi yang penting matlamat yang hendak diinginkan tercapai. Kalau kerja swasta berorientasikan keuntungan, semakin banyak kerja semakin tinggi ganjaran akan diperolehi berbeza dengan kerja kerajaan kerja kalau sebagus manapun kalau boss tak nampak jawabnya tak ke mana laa.. Kena ada skill bodek dan kipas, kalau kerja jujur jawabnya tak dapat apa laa. Tu belum lagi politik pejabat... Tapi yang penting adalah kepimpinan sekiranya teraju utamanya bagus, maka bagus la budaya kerjanya.. Kalau melingkup...melingkup jugak la jawabnya.

Bagi aku, kita kerja biar ikhlas kerana Allah taala...baru lah kita kerja dengan jujur dan amanah tanpa mengharapkan balasan material..


Comments

Anonymous said…
Aku baru masuk kerja gov ni...b4 ni dlm8tahun keja swasta...punyala menyesal masuk gov ni tuhan shj yg tahu...ternyata kerja gov ni x mcm org pk kn...hari2 stress aku kt cni..

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..