Terima kasih Abg Zaini dan Kak Pau..

Abang Zaini dan Kak Pau merupakan jiran sebelah rumah di Manchester ni. Banyak jasa baik dan pertolongan yang diberikan kepada kami sejak kami mula-mula menjejakkan kaki di bumi Manchester ni malah sebelum kami bertolak dari Malaysia lagi. Merekalah yang menolong kami untuk mendapatkan rumah sewa di sini hinggalah menyambut kedatangan kami dengan membawa makanan kepada kami pada saat kami pun tak tau hendak mencari makanan halal di mana. Alhamdulillah malam pertama di Manchester kami dibekalkan dengan nasi yang dibawa oleh Abg Zaini.
Sepanjang kami di Manchester, Abg Zaini dan Kak Pau lah tempat rujukan kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat...banyak jasa keluarga Abg Zaini terhadap kami sekeluarga dan rasanye tak dapat kami balas. Hanya Allah dapat membalas jasa baik Abg Zaini, Kak Pau dan keluarga.
Semalam sempat masak nasi goreng tak seberapa untuk sarapan mereka sebelum bertolak ke airport.. Harap berjumpa lagi di Malaysia In Sha Allah...



Edited 30.12.2015: 2 orang dalam pic ni telah kembali mengadap Ilahi.. Al-fatihah

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..