Redha dengan ketentuan??

Hari ni terdetik untuk meluahkan pendapat aku tentang redha, pasrah. Sejak kebelakangan ni banyak isu dan berita yang menunjukkan rakyat Malaysia ni terutama orang Melayu sememangnya sentiasa redha dengan apa sahaja yang berlaku tak kira perkara itu baik atau buruk. Memang dalam agama pun menyatakan bahawa kita sepatutnya percaya kepada qada dan qadar tapi kita juga dituntut untuk berusaha untuk melakukan sesuatu perubahan supaya perkara yang tidak baik itu dari berlaku. Kalau kita memandu kereta secara sengaja dengan laju dan melalu sampai eksiden adakah itu suatu yang kita perlu redha terutama sekiranya ianya melibatkan orang lain. Kalau sesuatu ketentuan itu suatu yang positif seperti kenaikan pangkat, naik gaji, dapat anak, jodoh dan sebagainya takpe, ni banyak benda yang berlaku yang pada pandangan aku perlu diambil tindakan supaya perkara yang berlaku tu takkan berulang. 

Contoh masyarakat Malaysia yang baik hati dan redha tak tentu pasal;

1. 6 orang mati lepas makan ayam masak merah yang ayamnya dah busuk  ( Takpela, dah nak mati nak buat mcmana, kesian tuan rumah.. Takpe la mati 6 orang janji tak bazir ayam brp puluh ekor tu. Biarla pengantin baru happy, kita leh teruskan kebumi jenazah ahli keluarga kita...). Masyarakat sekalian sila la lakukan sesuatu, mmg kita taknak perkara mcmni dari berlaku tp takkan kita nak perkara yang sama berlaku baru nak bertindak...

2. Anak mati sebab kena tinggal dalam  kereta.. Kesian mmg la kesian tp, salah siapa?? Cuba la pihak berwajib buat sesuatu tindakan kepada ibu bapa yang cuai supaya dapat memberi peringatan supaya perkara sama tak berulang. Kalau di negara barat, perkara2 mcm ni mmg tak diambil ringan tindakan mesti diambil atas ibu bapa yang cuai atau mengabaikan anak2.. Tapi kat Malaysia, JKM...?

3. Anak kena langgar semasa undur kereta kat rumah sendiri... Ni paling latest berita semalam, dah berapa kerap berlaku? Kenapa masih berlaku? Ni pun rasanya lebih kurang sama dgn no.2 tadi tp mgkn ada faktor lain menyebabkab tragedi seperti ini berlaku. Apa pun aku harap ada dilakukan sesuatu especially kajian kenapa benda macam ni berlaku.

4. Anak mati tersedak susu kat taska... Ni yg paling menyirap je bila baca berita... Kenapa byk sgt berlaku terutama kat putrajaya. Senang je kan, hantar anak suh orang jaga pagi petang ambik jenazah anak. Nauzubillah... Senang je nyawa manusia melayang.. Aku takleh nak bayangkan ibu bapa yang terpaksa mengharungi keadaan sedemikian... Tolonglahh!! Pihak JKM buat la satu tindakan yang serius supaya benda ni tak berlaku lagi..

5. Banyak lagi... Tp aku nak simpulkan kat sini semua yang di atas tu semua adalah disebabkan oleh cara hidup kita Masyarakat Malaysia... Masyarakat kita kebanyakannya tidak mampu dari segi kewangan. Faktor kewangan dan taraf hidup yang tinggi menyebabkan kita terbeban dgn kerja lebih masa. Dalam sebuah keluarga, seorang sahaja yang bekerja tak mampu untuk menampung beban kewangan keluarga.. Suami dan isteri perlu bekerja! Bila bekerja, bos2 pulak tak memahami beban yang dihadapi oleh staf sendiri al maklumla bos2 semua dah hidup stabil dan tua2... Dan sentiasa banding dengan cara hidup yang diorang alami zaman dahulu... Dalam konteks kenduri kahwin tu pulak, sbb kewangan jugalah yg menyebabkan diorang sanggup memasak ayam yang busuk kerana harga ayam yang mahal dan takut kerugian untuk membeli ayam yang baru.

Kepada kerajaan Malaysia, sila lakukan sesuatu untuk menaikkan taraf hidup rakyat supaya seimbang dengan taraf hidup sekiranya pendapatan yang diperolehi tidak seimbang dengan kos lain (rumah, petrol, utiliti, mkn minum, tol, sekolah anak dan sebagainya) maka isu2 mcm ni mmg akan sentiasa berulang.

Tp kadang2 suatu perkara tu kita bkn nak redha tapi terpaksa redha sebab takde pilihan..no choice cthnya macam aku yang akan bertukar lagi pada mggu depan...

p/s: Gambar kat bawah menunjukkan kesesakan di Hospital Putrajaya time bawak wife check up, nak dapatkan nombor giliran pun kena tunggu sejam tapi yang ni aku redha sebab takde pilihan tak macam kat UK, lengang je tunggu kat hospital sebab kat sana kerajaan diorang banyak hospital disediakan. Tapi kat sini, aku redha ni je yang ada dan yang aku mampu.. nak gi hospital swasta tak mampu. 

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..