Posts

Aku adalah...

Image
Aku adalah seorang yg pada mulanya seorang kanak-kanak yang sangat sensitif. Kadang perkara kecil akan buat aku menangis. Di sekolah, bukan rakan sekelas yang membuli aku tp guru sekolah rendah aku. Bila remaja aku lalui kehidupan yang sukar, ayah meninggal pada usia aku nak masuk 13 tahun secara tragik dan mengejut. Mak terpaksa sara kami aku dan 5 orang adik aku yg lain. Yang paling bongsu masa tu baru 5 bulan. Aku belajar melihat kerenah manusia pada masa itu. Aku memang tak percaya pada orang lain. Masa ni aku jd seperti tiada perasaan, hati aku keras. Aku takkan menangis, aku tak sedih, aku tak marah, aku takde perasaan.. Aku belajar utk pendam apa yg aku rasa... Bila dewasa, aku mula rs kehidupan yg lebih baik...aku mula meluahkan rs dan perasaan. Aku mula ambil berat, prihatin, sayang malah aku lebih mudah marah. Sebabnya aku dah buka kembali perasaan yang dah lama aku supress dalam diri. Aku cepat sensitif, dulu aku cool sbb aku pendam apa yg sepatutnya aku rasa sekarang aku ...

Sakit duk kat Malaysia skrg!

Image
Semalam lepas balik dari pejabat, wife bagitau bahawa keadaan ekonomi kerajaan Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar. Kemungkinan apa yang dijanjikan, iaitu kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai 2016 nanti mungkin tidak menjadi kenyataan kerana keadaan kelembapan ekonomi dunia dan penurunan harga minyak global. Selain itu, bagi murid sekolah yang tidak berkemampuan, biasiswa dan bantuan seperti rancangan makanan tambahan pun tiada. Hadoi... terseksa hidup dengan semua benda naik harga ditambah tiada lagi subsidi atas semua barang yang sebelum ni disubsidi. Bagaimana agaknya orang dapat mengawal stress dan tekanan hidup. Baru je dengar pasal ni aku pun ada sedikit stress..dan rasa macam nak marah-marah. Jadi tak heran la kalau ada yang sampai meluahkan perasaan dalam FB tu! Tp apepun hati-hati terutama mereka yg bertugas sebagai penjawat awam sbb banyak mata memerhati.

Selamat Tahun Baru 2016!

Image
Selamat tahun baru untuk semua yang membaca blog ni..yuhuhu!! Azam tahun ni..hmmm.. 1) Berjaya dunia akhirat 2) Settle hutang kredit kad 3) Simpan duit 4) Kurangkan berat badan..hehehe

Dari 2014 ke 2016..

Image
Lama benar tak update blog ni, last update Oktober 2014..hehehe. Terima kasih kepada Takim (bff masa study dulu) sbb tegur dalam blog ni.. Fast forward 2014.. dan lusa adalah tahun baru 2016. Setahun lebih telah berlalu, banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2015 ni. Terasa masa begitu cepat berlalu dari tahun ke tahun menandakan usia juga makin matang, pengalaman hidup juga banyak memberikan pengajaran kepada diri, ianya ilmu yang kita tak akan dapat dipelajari di sekolah mahupun di universiti. So.. apa ada pada 2015?..hehehe.. Banyak suka dan duka, pahit dan manis.. sekiranya ada yang membaca blog ni sebelum ni, mesti tau yang aku kerap kali bertukar tempat kerja dan tempat kerja terakhir aku adalah di Melaka dimana aku terpaksa berulang alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km setiap hari. Alhamdulillah sejak bulan April 2015, aku telah dapat bertukar ke pejabat yang lebih dekat dengan tempat tinggal aku. Alhamdulillah, walaupun jarak ke tempat kerja lebih kurang 50km nam...

Supplement..

Memandu ulang-alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km sehari sememangnya tugas yang meletihkan, namun sejak dihadiahkan oleh isteri aku dengan supplement Shaklee dalam 3 bulan lepas, terasa perbezaannya terutama badan kurang letih dan bertenaga untuk bangun awal pagi setiap hari. Supplement yang aku amik adalah vitalea, vita-e dan B-complex.  Bila badan cergas, so boleh la tumpu kerja dan keluarga dengan lebih baik. Disebabkan nak belikan aku set Shaklee ni, wife aku pun dah join jadi agen Shaklee tapi dia kurang pandai dalam nak berniaga ni so kepada sesiapa yang nak beli set Shaklee boleh la refer kat link di bawah: http://kedaishakleesarina.blogspot.com/

Oktober

Image
Banyak perkara berlaku di bulan Oktober, awal bulan ni diumumkan oleh PM kita tentang kenaikan 20sen harga petrol Ron95 (Tahniah atas keprihatinan YAB PM)..kemudian pengumuman bajet 2015, walaupun nampak macam berita baik dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji namun realitinya ianya tidak dapat menampung beban yang terasa akibat kenaikan harga petrol tadi. Dan sebagai golongan pertengahan dalam ekonomi negara, tiada apa yang istimewa dirasakan melalui pengumuman bajet berkenaan. Apapun, kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan yang masih diberikan oleh Allah S.W.T. Hari ni 14 Oktober 2014, genap setahun aku bertugas di Tiang Dua, Melaka. Alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk bertugas di sini walaupun setiap hari merupakan satu cabaran bagi aku kerana terpaksa bangun setiap pagi jam 5 pagi dan keluar sejurus selepas solat subuh dengan perjalanan hampir 2 jam ke tempat kerja setiap hari. Cabaran juga buat isteri aku untuk menguruskan anak2 s...

Anak terunaku...

Image
Ni satu-satunya anak teruna aku, aku sedar dia memang sebiji macam aku masa aku kecik tapi kadang-kadang buat2 tak ngaku... Aku sayangkan dia tapi kadang2 aku lupa dan jadi terlalu tegas pada dia. Aku rasa macam dia dah dewasa padahal dia baru je 6 tahun.. Ayah minta maaf, kat Abang sebab selalu marah2, ayah nak Abang jd kuat tapi ayah lupa Abang kecil lagi.. Tq mama sebab selalu ingatkan ayah.. Ayah selalu lupa..

Sampai bila aku boleh bertahan?

.... Ntah laa...

Tanda-tanda kegagalan sesebuah organisasi

Ini merupakan keratan artikel yang aku jumpa berkaitan dengan kepimpinan (leadership). Semoga ianya memberi manfaat kepada setiap pemimpin dan organisasi. Kenapa aku kongsikan artikel ni? Sebab aku merasakan sejak 2010 iaitu selama lebih kurang 4 tahun berlakunya kepincangan dan kegagalan dalam organisasi di jabatan tempat aku bekerja sehingga kesannya wujud sehingga ke hari ini... Dysfunctional leadership symptoms and warning signs: Dictatorial Leadership: Management that does not allow disagreements out of insecurity or arrogance. No 360 Degrees Feedback: There is limited or no leadership performance feedback. Personal Agendas: Recruitments, selections and promotions are based on internal political agenda, for example hiring friends to guarantee personal loyalty at the expense of other highly performing and more-qualified employees. Political Compensation: Stock options, bonuses and perks are not fairly linked to performance. Inefficient Use of Resources: Budgets are allocat...

Hampir 300km setiap hari...

Image
Hari ni sudah hampir 3 minggu aku meneruskan rutin harian dengan memandu hampir 150km dari Sepang ke Melaka dan 150km lagi untuk pulang ke rumah pada setiap petang yang menjadikan jarak setiap hari pemanduan aku adalah lebih kurang 300km setiap hari. Jarak sehala mengambil masa hampir 2 jam memandu dengan kereta Perodua Kelisa bermakna 4 jam aku berada di dalam kereta setiap hari. Semua ini aku terpaksa lalui kerana tuntutan kerja. Apapun aku perlu kuat dan sumber kekuatan dan tenaga untuk aku meneruskan perjalananku setiap hari pergi dan balik adalah mereka ini... Apapun aku redha dengan perancangan dari Allah ini dan aku percaya setiap kepayahan akan ada kesenangan dariNya...

Reunion Geng Manchester...

Image
Pada hari Ahad yang lepas, Abg Zaini dan Kak Pau jiran sebelah rumah dan host kami semasa di Manchester telah menjemput kami ke majlis kenduri kahwin adik beliau. Setelah hampir 10 bulan kami pulang ke tanah air akhirnya kami dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kenalan di Manchester semasa kenduri tersebut. Semoga perkenalan dan persahabatan yang terjalin sepanjang berada di Manchester akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Temuduga COTI

Image
Beberapa hari lepas aku telah menghadiri sesi temuduga Program COTI untuk Kumpulan Junior. Bagi penjawat awam rasanya tentu familiar dengan term COTI ni. Proses pemilihan untuk terpilih ke Korea bukanlah satu yang mudah dari hampir 400 orang yang terpilih untuk ditemuduga hanya 20 orang sahaja yang akan berjaya. Jadi peluang untuk dapat adalah amat tipis, namun sekiranya ada rezeki InsyaAllah boleh merasa mengikuti pengalaman mengikuti program ini. Sebenarnya setiap temuduga adalah hampir sama, yang penting adalah persediaan. Untuk temuduga COTI, kelemahan yang aku dapati selepas tamat sesi temuduga berkenaan adalah aku lebih banyak bersedia dengan maklumat COTI tapi kurang dari segi bagaimana untuk menyampaikan maklumat berkenaan. Penilaian oleh penemuduga adalah lebih banyak kepada personaliti, penyampaian, cara jawapan berkenaan difahami (tersirat/ tersurat) dan bagaimana kita menyusun perkataan untuk menjawab soalan berkenaan. Tapi yang paling penting juga jawapan kita hendakl...

After 7 months...

Image
Dah lama rasa nak update blog ni tapi perasaan malas sentiasa menyekat keinginan tersebut. Hari ini setelah 7 bulan, aku cuba memulakan langkah dengan menulis apa sahaja yang terlintas untuk dikongsikan di dalam blog ni (walaupun takde orang baca...). Bulan ini merupakan bulan ke 7, aku ditugaskan di Melaka dan 7 bulan jugalah blog ni bersawang... Tahun 2014, setakat ini merupakan tahun yang mencabar bagi aku dan keluarga, mungkin ianya tidaklah seberat rakan-rakan aku yang lain. Namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Aku harap aku dan isteri sentiasa tabah dan sabar mengharungi ujian ini. Aku yakin akan ada kelebihan yang Allah akan berikan di atas kepayahan pada hari ini. Untuk release tension dan habiskan masa berkualiti dengan wife ngan anak2 jom jalan2 Cameron Highland!

Farewell

Image
Ucapan terima kasih kepada Pn. Melisa, Kak Mai dan team dari MTMD atas majlis farewell td. Walaupun simple tp cukup bermakna.

Redha dengan ketentuan??

Image
Hari ni terdetik untuk meluahkan pendapat aku tentang redha, pasrah. Sejak kebelakangan ni banyak isu dan berita yang menunjukkan rakyat Malaysia ni terutama orang Melayu sememangnya sentiasa redha dengan apa sahaja yang berlaku tak kira perkara itu baik atau buruk. Memang dalam agama pun menyatakan bahawa kita sepatutnya percaya kepada qada dan qadar tapi kita juga dituntut untuk berusaha untuk melakukan sesuatu perubahan supaya perkara yang tidak baik itu dari berlaku. Kalau kita memandu kereta secara sengaja dengan laju dan melalu sampai eksiden adakah itu suatu yang kita perlu redha terutama sekiranya ianya melibatkan orang lain. Kalau sesuatu ketentuan itu suatu yang positif seperti kenaikan pangkat, naik gaji, dapat anak, jodoh dan sebagainya takpe, ni banyak benda yang berlaku yang pada pandangan aku perlu diambil tindakan supaya perkara yang berlaku tu takkan berulang.  Contoh masyarakat Malaysia yang baik hati dan redha tak tentu pasal; 1. 6 orang mati lepas makan ayam m...

From Manchester to Melaka

Hari ni hampir sebulan kembali dr bumi Manchester... Sepanjang sebulan banyak urusan perlu diselesaikan ditambah dengan berita pertukaran ke tempat yang baru buat ke sekian kalinya. Kali ni lokasi agak jauh iaitu di Melaka. Di harap pertukaran memberikan seribu rahmat dan rezeki kepada kami sekeluarga walapun pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi dalam masa terdekat ni... Insya allah..

Terima kasih Abg Zaini dan Kak Pau..

Image
Abang Zaini dan Kak Pau merupakan jiran sebelah rumah di Manchester ni. Banyak jasa baik dan pertolongan yang diberikan kepada kami sejak kami mula-mula menjejakkan kaki di bumi Manchester ni malah sebelum kami bertolak dari Malaysia lagi. Merekalah yang menolong kami untuk mendapatkan rumah sewa di sini hinggalah menyambut kedatangan kami dengan membawa makanan kepada kami pada saat kami pun tak tau hendak mencari makanan halal di mana. Alhamdulillah malam pertama di Manchester kami dibekalkan dengan nasi yang dibawa oleh Abg Zaini. Sepanjang kami di Manchester, Abg Zaini dan Kak Pau lah tempat rujukan kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat...banyak jasa keluarga Abg Zaini terhadap kami sekeluarga dan rasanye tak dapat kami balas. Hanya Allah dapat membalas jasa baik Abg Zaini, Kak Pau dan keluarga. Semalam sempat masak nasi goreng tak seberapa untuk sarapan mereka sebelum bertolak ke airport.. Harap berjumpa lagi di Malaysia In Sha Allah... Edited 30.12.2015: 2 orang dala...

Salji di Manchester..

Image
Hari ni 25 Januari keadaan cuaca musim sejuk di Manchester agak membosankan, salji dah tak turun. Kesan salji yang turun dua tiga hari lepas pun dah kering. dEsok pulak diramalkan hujan... Harap salji akan turun lagi, nanti dapat la merasa bermain sledging dan buat orang salji. Orang kata rugi la dah sampai negara mat saleh tapi tak merasa main salji..so kalau takde jugak salji nampaknye kena la explore UK cari tempat masih ada salji. Gambar anak-anak posing kat belakang rumah masa ada salji Salji yang ala ala... orang lama duk sini bagitau salji kat kawasan memang macam ni tak banyak kalo nak banyak pegi belah north Sekarang Pn. Isteri tengah exam...so duk rumah je la jawabnye, tggu exam habis bleh gi jalan2...

Listen! listen! listen!

Image
Sejak beberapa hari ni hangat diperkatakan berkaitan satu video yang telah menjadi viral dengan tagline listen!listen!listen!... Kita semua pernah menjadi student, dan kebanyakan dari kita pernah menjadi mahasiswa jadi satu yang normal untuk seorang student bertanyakan soalan walaupun kadang2 soalan yang dikemukakan adalah soalan yang bodoh. Sebagai seorang yang dewasa dan matang, adakah kita perlu untk marah dan melenting disebabkan oleh soalan2 bodoh berkenaan? Sekiranya kita seorang cikgu atau seorang ibu bapa ditanya dengan soalan2 yang mengarut adakah kita akan marah dan menghentikan anak berkenaan dari bertanyakan soalan atau kita memberikan jawapan yang terbaik dan merasionalkan persoalan yang diutarakan oleh anak atau murid kita Dalam kes video ni, emosi lebih banyak menguasai diri moderator tanpa memberikan jawapan atau fakta yang jelas bagi merasionalkan pandangan atau mindset yang ada pada student berkenaan. Apapun penting utk kita mempunyai fakta yang jelas sama ad...

Resepi nasi pilau paling senang...

Image
Bahan-bahan 3 cawan beras basmati 1 Bunjut sup (buka bunjut dan amik isi dlmnya) 1/2 cawan Kismis Bawang besar sebiji Air rebusan ayam Ayam setengah ekor 2 sudu besar serbuk kunyit Sos nando's Minyak utk goreng Cara masak Rebus ayam mcm masak sup ayam. Asingkan ayam dari air rebusan. Ayam kemudian diperap seketika dengan sos nando kemudian dimasuk ke dalam oven suhu 150' celcius hingga masak. Beras dicuci dan direndam dalam air selama 30 minit kemudian tos air Panaskan minyak dan goreng bahan bunjut sampai naik bau kemudian masuk kismis, serbuk kunyit dan bawang. Masuk sikit garam dan goreng sebentar (2 minit). Masukkan beras dan masuk air rebusan ayam dan biar mendidih kemudian kecikkan api, tutup periuk dan tggu sampai nasi masak. Keluarkan ayam dari oven dan hidangkan bersama nasi Ps: Nilah akibatnye jd suri rumah, post resepi la plak hehehehe...