Dari 2014 ke 2016..

Lama benar tak update blog ni, last update Oktober 2014..hehehe. Terima kasih kepada Takim (bff masa study dulu) sbb tegur dalam blog ni..

Fast forward 2014.. dan lusa adalah tahun baru 2016. Setahun lebih telah berlalu, banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2015 ni. Terasa masa begitu cepat berlalu dari tahun ke tahun menandakan usia juga makin matang, pengalaman hidup juga banyak memberikan pengajaran kepada diri, ianya ilmu yang kita tak akan dapat dipelajari di sekolah mahupun di universiti.

So.. apa ada pada 2015?..hehehe.. Banyak suka dan duka, pahit dan manis.. sekiranya ada yang membaca blog ni sebelum ni, mesti tau yang aku kerap kali bertukar tempat kerja dan tempat kerja terakhir aku adalah di Melaka dimana aku terpaksa berulang alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km setiap hari. Alhamdulillah sejak bulan April 2015, aku telah dapat bertukar ke pejabat yang lebih dekat dengan tempat tinggal aku. Alhamdulillah, walaupun jarak ke tempat kerja lebih kurang 50km namun bersyukur jika dibandingkan 100 km lebih jarak tempat kerja sebelum ini.

Walaupun, dapat apa yang diharapkan namun banyak cerita disebaliknya..ada duka, sedih, kecewa dan marah sebelum dapat bertukar. Kesannya sehingga ke hari ini masih lagi dirasai, namun biasa la kita sebagai manusia merancang untuk yang terbaik untuk kita namun perancangan Allah itu lebih baik. Mungkin ada hikmah atau pemberian yang kita tidak tahu dari Allah s.w.t. Insya Allah.

2015 juga aku dan isteri buat kali pertama ditipu oleh scammer..walaupun dalam berhati-hati tapi golongan penipu ni memang licik dan yang paling mengecewakan pihak polis tak boleh buat apa-apa sebab undang-undang di Malaysia memang terlalu banyak lope-hole dan tidak menjaga kepentingan kepada golongan marhaen macam aku. Apapun ni satu pengajaran dan pengalaman hidup yang berguna buat aku, Walaupun aku terpaksa redha kena tipu dengan jumlah RM yg agak tinggi namun aku percaya semua ini bersebab. 

Di tempat kerja baru, aku ditugaskan dengan bidang yang sememangnya bkn minat dan jiwa aku, tapi apapun aku terima dan banyak dapat belajar dengan bidang ni, namun aku masih berharap aku ditempatkan di tempat yang bersesuian dengan kepakaran yang ada pada aku. Apapun redha!

Dan tahun 2015, aku sekali lagi memohon HLP untuk sambung belajar untuk kali yang ke-3. Kali pertama pada tahun 2011 di reject oleh pengurusan tertinggi atas alasan aku terlalu muda untuk buat PhD (32 masa tu), kali kedua tahun 2014, di reject lagi oleh pengurusan tertinggi atas alasan ramai sgt tengah sambung study (padahal yg sambung tu kebanyakan dah masuk kerja Januari 2015), permohonan lansung tak sampai ke JPA.. dan tahun 2015 akhirnya sampai juga permohonan aku ke JPA dan aku dipanggil temuduga bln Oktober lepas dan sekarang tengah menunggu keputusan sama ada dapat atau tak mungkin pada Januari 2016 ni. Apa pun keputusannya, ini mungkin permohonan terakhir aku untuk mohon HLP.

Harapan aku tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk aku dan keluarga aku dan semua umat manusia..

GOOD BYE 2015.. WELCOME 2016!



Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..