Oktober

Banyak perkara berlaku di bulan Oktober, awal bulan ni diumumkan oleh PM kita tentang kenaikan 20sen harga petrol Ron95 (Tahniah atas keprihatinan YAB PM)..kemudian pengumuman bajet 2015, walaupun nampak macam berita baik dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji namun realitinya ianya tidak dapat menampung beban yang terasa akibat kenaikan harga petrol tadi. Dan sebagai golongan pertengahan dalam ekonomi negara, tiada apa yang istimewa dirasakan melalui pengumuman bajet berkenaan. Apapun, kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan yang masih diberikan oleh Allah S.W.T.

Hari ni 14 Oktober 2014, genap setahun aku bertugas di Tiang Dua, Melaka. Alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk bertugas di sini walaupun setiap hari merupakan satu cabaran bagi aku kerana terpaksa bangun setiap pagi jam 5 pagi dan keluar sejurus selepas solat subuh dengan perjalanan hampir 2 jam ke tempat kerja setiap hari. Cabaran juga buat isteri aku untuk menguruskan anak2 setiap pagi sebelum dia sendiri keluar ke pejabat. Setahun yang lalu aku memang merasa kesusahannya maklum la setelah setahun bercuti tanpa gaji dengan tiada duit simpanan, tiada gaji, kenderaan hanya satu, isteri menunggu hari untuk melahirkan anak sememangnya satu tekanan untuk aku pada masa itu. Hari ini setelah setahun, keadaan tidaklah sesukar setahun yang lepas namun aku masih mengharap permohonan pertukaran aku diluluskan kerana bermula Januari satu lagi cabaran untuk aku dan isteri iaitu anak aku yang sulung akan memulakan persekolahan darjah 1 di sekolah rendah.

Namun setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..

Selain anniversary tempat kerja baru, bulan Oktober juga adalah bulan lahir aku, mak aku, adik aku dan anak aku yang ketiga..

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..