INFO DADAH - INHALANTS



Inhalants (hisap gam)

Meupakan kumpulan bahan yang pelbagai yang termasuk pelarut mudah meruap, gas, dan asid nitrat yang dihidu dan disedut, atau dibungkus bagi menghasilkan kesan toksik yang serupa dengan kesan alkohol. Bahan ini boleh ditemui dalam barangan harian seperti gam, cecair lighter, cecair pencuci dan produk cat.

Inhalants boleh disedut secara terus dari bekasnya atau dilembabkan dalam kain buruk dan dimasukkan dalam beg plastik dimana ianya boleh dipekatkan sebelum dihidu. Sesetengah bahan dilukis pada tangan atau kuku atau diletak pada lengan baju atau gelang tangan bagi membolehkan penggunanya secara terusan menyedut bau yang dihasilkan tanpa dapat dikesan oleh guru atau ibu bapa.

Walaupun, sesetengah pengguna inhalan hanya menggunakan satu jenis inhalan yang khusus disebabkan oleh bau dan rasa yang dihasilkan, pelbagai jenis bahan lain juga mungkin digunakan bagi mendepatkan kesan yang serupa, mudah untuk didapati dan juga kos. Apabila seseorang itu menyedut bahan tersebut, lapisan kapilari paru-paru akan membenarkan penyerapan yang mendadak bahan tersebut, dan tekanan darah akan meningkat secara mendadak. Kemasukan ke dalam otak amat pantas dan kesan yang dihasilkan adalah dalam jangka masa yang pendek tetapi sangat hebat.

Inhalan memadatkan sistem saraf pusat, menghasilkan penurunan pernafasan dan tekanan darah. Pengguna akan mengalami gangguan dalam persepsi masa dan ruang. Kebanyakan akan mengalami sakit kepala, loya, percakapan yang tidak jelas dan kehilangan koordinasi motor. Kesan mental termasuk takut, gelisah dan kemurungan. Ruam sekeliling hidung dan mulut akan kelihatan dan penggunanya akan bernafas termengah-mengah. Bauan dari cat atau bahan pelarut organik pada baju dan nafas kadangkala boleh merupakan tanda awal penyalahgunaan inhalan.

Penyalahgunaan secara kronik inhalan boleh dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan yang serius. Dengan menghisap gam atau thinner akan menyebabkan masalah pada buah pinggang, sementara menghisap bau bahan pelarut toluene dan trichloroethylene akan menyebabkan masalah hati. Kehilangan memori, hilang tumpuan dan menghapuskan kepintaran non-verbal dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan inhalant. Kematian disebabkan oleh kegagalan jantung, dan pernafasan juga pernah berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..