Coretan

Kadang-kadang aku rasakan yang ramai orang membencikan aku dalam diam. Ada sahaja yang kecewa dengan perbuatan aku sama ada perkara yang dibuat tu aku sengajakan mahupun tidak. Sememangnya aku sebagai manusia telah mencuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti atau melukakan hati sesiapa, namun perkara yang berlaku tak semestinya boleh dijangka. Aku hanyalah manusia yang bukan sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan mahupun kesalahan. Mungkin kemaafan boleh diberikan tapi harapan dan kepercayaan sudah semestinya sukar untuk diberikan semula. Apabila musnahnya harapan dan kepercayaan, maka tiadalah lagi perasaan hormat dan keperibadian yang terdapat pada seseorang itu. Apa pun sempena bulan yang mulia ini bulan Ramadhan dan disamping menanti ketibaan Syawal aku berharap agar kesalahan atau kesilapan yang aku lakukan dimaafkan dengan ikhlas oleh sesiapa sahaja yang pernah merasa kecil hati, marah ataupun benci terhadap aku.

Salam Ramadhan

Comments

Anonymous said…
aaarghh...tiada maap bagimu.. hei hang jebat kalo ko berani ko turun.. kalo tak turun aku balik
Anonymous said…
biasala..tak ada manusia yg mampu puaskan ati seme pihak. so sblm wat sesuatu pkir dulu kesannya k... lelaki dianugerahkan 9 akal dan 1 nafsu so pandai2la guna akal yg dianugerakan tu...jgn sampai nafsu manipulate akal plak!

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..