Hari ni selepas solat Jumaat di British Heritage, dalam perjalanan balik ke rumah sempat kami berbual kosong berkaitan kerja kerajaan yang pada pandangan orang kerja swasta kerja yang sangat la rilek. Masuk kerja pukul 8.00 pagi keluar pukul 8.30 pegi minum pastu pukul 9.30 masuk pejabat, pukul 10.30 keluar minum lagi...petang minum lagi...balik minum lagi dan lagi lagi minum. Kerja pulak senang tak stress, kalau kerja di kaunter layan macam nak tak nak, kalau berhubung dengan seorang pegawai dengan telefon memanjang tak ada kat pejabat..kejap meeting, pastu kursus, cuti dan seterusnya.. Memandangkan hanya aku sorang yang kerja kerajaan jadi nampak gaya kena tahan je la pandangan 4 orang kawan aku yang kerja swasta ni. Aku bukan la nak mengiyakan apa yang diutarakan oleh mereka tapi ini merupakan apa yang orang kata sebagai stigma atau persepsi terhadap kerja sebagai penjawat awam. Mungkin disebabkan oleh pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam menyebabkan keseluruhan penjawa...