Tentang Sebuah Kebosanan...

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh seorang lelaki.

Lelaki : “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak cik?”

Pak Tua : “Bosan adalah keadaan dimana fikiran kita menginginkan perubahan, sesuatu yang baru, dan sesuatu yang berbeza dalam hidup mengatasi keadaan yang serupa dari waktu ke waktu.”

Lelaki : “Kenapa kita merasa bosan?”

Pak Tua : “Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”

Lelaki : “Bagaimana cara menghilangkan kebosanan?”

Pak Tua : “Hanya ada satu cara, iaitu menikmati kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”

Lelaki: “Bagaimana kita boleh menikmati kebosanan?”

Pak Tua: “Tanyalah pada dirimu sendiri, mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”

Lelaki : “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza, Pak Cik.”

Pak Tua : “Benar, tambahkan sesuatu yang baru dalam hidup maka kebosanan pun akan hilang.”

Lelaki: “Bagaimana menambahkan sesuatu yang baru dalam hidup?”

Pak Tua : “Ubahlah cara kamu melakukan kerja harian kamu itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cuba menulis sambil membongkok atau berbaring. Kalau biasanyamembaca di meja tulis, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menalipon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”

*Mendengar jawapan itu, lelaki itu pun beredar pergi dari situ.*
*Beberapa hari kemudian lelaki itu mengunjungi Pak Tua itu lagi.*

Lelaki : “Pak Cik, saya sudah melakukan apa yang pakcik sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”

Pak Tua : “Cuba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakan.”

Lelaki : “Contohnya?”

Pak Tua : “Mainkan permainan yang paling kamu suka di waktu kecil dulu.”

*Lalu Lelaki itu pun pergi.*
*Beberapa minggu kemudian, lelaki itu datang lagi ke rumah Pak Tua.*

Tamu : “Pak Cik, saya melakukan apa yang Pak Cik sarankan. Di setiap waktu lapang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan kanak-kanak yang saya suka dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernahmerasa bosan lagi, walaupun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapakah begitu, Pak Cik?”

Sambil tersenyum Pak Tua berkata:
*”Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal dari fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berjaya mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kau bosan. Berfikir ceriamenjadikan kamu ceria.”*

p/s: Cerita ni aku tujukan khas kepada diri aku sendiri yang tengah bosan.

Comments

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Macam-macam laa..

Salji di Manchester..