Info Dadah - Apa itu Syabu?


Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice

Cara Menggunakan : Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu

SYABU merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit.

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN
* Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas
* Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2 - 3 hari
* Penurunan berat badan
* Tingkahlaku Agressif
* Paranoia
* Halusinasi

HUKUMAN
Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki:
* 50 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, atau;
* 30 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah PENJARA TIDAK KURANG 5 TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.

Comments

Popular posts from this blog

Salji di Manchester..