Dunia Kerja...
Hujung tahun ni, bersamaan 29 Ogos 2006 genaplah setahun aku dilantik bekerja sebagai seorang penjawat awam. Sepanjang bekerja banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat, kerenah rakan sekerja dan pegawai2 bawahan. Umpat keji, cakap belakang, kipas bos, sabotaj semua aku dapat rasa semasa bekerje dalam perkhidmatan awam ni. Tak tau la sama ada kat dalam jabatan aku je yang mcm tu atau kat tempat lain pun sama wallahualam aku pun tak tau. Tp tu la, walau baru setahun jagung aku dah dapat rasa semua ni kira advance jugakla.. Dari satu sudut memang la keadaan ni bleh jd mcm satu kudis yang akan memakan sesuatu jabatan atau perkhidmatan, tp jika dilihat dalam sudut positif benda macam ni boleh dianggap sebagai pengalaman dalam bekerja, asam garam supaya kita lebih tabah menghadapi hari mendatang... Tp kesabaran pun ada had dan batasnye... satu hari bleh meletup.
Aku rasa aku pun dah nak meletup dah ni...
Aku rasa aku pun dah nak meletup dah ni...
Comments
jgn meletup sebarangan, pastikan baunya tidak mencemarkan alam sekitar, sekian terima kasih!