Posts

Aku adalah...

Image
Aku adalah seorang yg pada mulanya seorang kanak-kanak yang sangat sensitif. Kadang perkara kecil akan buat aku menangis. Di sekolah, bukan rakan sekelas yang membuli aku tp guru sekolah rendah aku. Bila remaja aku lalui kehidupan yang sukar, ayah meninggal pada usia aku nak masuk 13 tahun secara tragik dan mengejut. Mak terpaksa sara kami aku dan 5 orang adik aku yg lain. Yang paling bongsu masa tu baru 5 bulan. Aku belajar melihat kerenah manusia pada masa itu. Aku memang tak percaya pada orang lain. Masa ni aku jd seperti tiada perasaan, hati aku keras. Aku takkan menangis, aku tak sedih, aku tak marah, aku takde perasaan.. Aku belajar utk pendam apa yg aku rasa... Bila dewasa, aku mula rs kehidupan yg lebih baik...aku mula meluahkan rs dan perasaan. Aku mula ambil berat, prihatin, sayang malah aku lebih mudah marah. Sebabnya aku dah buka kembali perasaan yang dah lama aku supress dalam diri. Aku cepat sensitif, dulu aku cool sbb aku pendam apa yg sepatutnya aku rasa sekarang aku

Sakit duk kat Malaysia skrg!

Image
Semalam lepas balik dari pejabat, wife bagitau bahawa keadaan ekonomi kerajaan Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar. Kemungkinan apa yang dijanjikan, iaitu kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai 2016 nanti mungkin tidak menjadi kenyataan kerana keadaan kelembapan ekonomi dunia dan penurunan harga minyak global. Selain itu, bagi murid sekolah yang tidak berkemampuan, biasiswa dan bantuan seperti rancangan makanan tambahan pun tiada. Hadoi... terseksa hidup dengan semua benda naik harga ditambah tiada lagi subsidi atas semua barang yang sebelum ni disubsidi. Bagaimana agaknya orang dapat mengawal stress dan tekanan hidup. Baru je dengar pasal ni aku pun ada sedikit stress..dan rasa macam nak marah-marah. Jadi tak heran la kalau ada yang sampai meluahkan perasaan dalam FB tu! Tp apepun hati-hati terutama mereka yg bertugas sebagai penjawat awam sbb banyak mata memerhati.

Selamat Tahun Baru 2016!

Image
Selamat tahun baru untuk semua yang membaca blog ni..yuhuhu!! Azam tahun ni..hmmm.. 1) Berjaya dunia akhirat 2) Settle hutang kredit kad 3) Simpan duit 4) Kurangkan berat badan..hehehe

Dari 2014 ke 2016..

Image
Lama benar tak update blog ni, last update Oktober 2014..hehehe. Terima kasih kepada Takim (bff masa study dulu) sbb tegur dalam blog ni.. Fast forward 2014.. dan lusa adalah tahun baru 2016. Setahun lebih telah berlalu, banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2015 ni. Terasa masa begitu cepat berlalu dari tahun ke tahun menandakan usia juga makin matang, pengalaman hidup juga banyak memberikan pengajaran kepada diri, ianya ilmu yang kita tak akan dapat dipelajari di sekolah mahupun di universiti. So.. apa ada pada 2015?..hehehe.. Banyak suka dan duka, pahit dan manis.. sekiranya ada yang membaca blog ni sebelum ni, mesti tau yang aku kerap kali bertukar tempat kerja dan tempat kerja terakhir aku adalah di Melaka dimana aku terpaksa berulang alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km setiap hari. Alhamdulillah sejak bulan April 2015, aku telah dapat bertukar ke pejabat yang lebih dekat dengan tempat tinggal aku. Alhamdulillah, walaupun jarak ke tempat kerja lebih kurang 50km nam

Supplement..

Memandu ulang-alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km sehari sememangnya tugas yang meletihkan, namun sejak dihadiahkan oleh isteri aku dengan supplement Shaklee dalam 3 bulan lepas, terasa perbezaannya terutama badan kurang letih dan bertenaga untuk bangun awal pagi setiap hari. Supplement yang aku amik adalah vitalea, vita-e dan B-complex.  Bila badan cergas, so boleh la tumpu kerja dan keluarga dengan lebih baik. Disebabkan nak belikan aku set Shaklee ni, wife aku pun dah join jadi agen Shaklee tapi dia kurang pandai dalam nak berniaga ni so kepada sesiapa yang nak beli set Shaklee boleh la refer kat link di bawah: http://kedaishakleesarina.blogspot.com/

Oktober

Image
Banyak perkara berlaku di bulan Oktober, awal bulan ni diumumkan oleh PM kita tentang kenaikan 20sen harga petrol Ron95 (Tahniah atas keprihatinan YAB PM)..kemudian pengumuman bajet 2015, walaupun nampak macam berita baik dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji namun realitinya ianya tidak dapat menampung beban yang terasa akibat kenaikan harga petrol tadi. Dan sebagai golongan pertengahan dalam ekonomi negara, tiada apa yang istimewa dirasakan melalui pengumuman bajet berkenaan. Apapun, kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan yang masih diberikan oleh Allah S.W.T. Hari ni 14 Oktober 2014, genap setahun aku bertugas di Tiang Dua, Melaka. Alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk bertugas di sini walaupun setiap hari merupakan satu cabaran bagi aku kerana terpaksa bangun setiap pagi jam 5 pagi dan keluar sejurus selepas solat subuh dengan perjalanan hampir 2 jam ke tempat kerja setiap hari. Cabaran juga buat isteri aku untuk menguruskan anak2 s

Anak terunaku...

Image
Ni satu-satunya anak teruna aku, aku sedar dia memang sebiji macam aku masa aku kecik tapi kadang-kadang buat2 tak ngaku... Aku sayangkan dia tapi kadang2 aku lupa dan jadi terlalu tegas pada dia. Aku rasa macam dia dah dewasa padahal dia baru je 6 tahun.. Ayah minta maaf, kat Abang sebab selalu marah2, ayah nak Abang jd kuat tapi ayah lupa Abang kecil lagi.. Tq mama sebab selalu ingatkan ayah.. Ayah selalu lupa..

Sampai bila aku boleh bertahan?

.... Ntah laa...