Makan buah n piknik tepi jalan...

Sabtu lepas aku ngan kwan2 gi makan buah kat putrajaya. Mula-mula tgk iklan dia, aku imagine gi makan buah kat dusun yang penuh ngan buah-buahan...tp alangkah surprisenye, rupanye makan kat dalam sangkar je..

Memang rasa tak puas hati hari tu, sbb memang tak berbaloi ngan bayaran dia, dapat makan pun buah yang kena reject. siap kutip kat sampah lagi...hehehehehe.

Tapi seronok sebab ada kawan2..ye la bukan senang nak dapat makan buah yang dikutip dari tong sampah bersama2 kwn2...hehehehe..Anyway, berbaloi la bayaran tu mengenangkan kawan2 yang best time tu..

Lagi bestnye, pas balik tu kena plak piknik kat tepi jln...hehehehe.

Ni keratan akbar pasal mkn buah tu..hehehehe...

Edisi Nasional: Buah tak cukup
Oleh Nadzim Ahmad Jamalludinnaj@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Pengunjung program ‘Jom Makan Buah’ di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, di sini semalam, kecewa apabila mendapati promosi yang diadakan itu hanya indah khabar daripada rupa.

Menerusi promosi yang turut disiarkan melalui media, pengunjung program anjuran bersama Taman Warisan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) itu boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuk durian sepuas-puasnya dengan hanya dikenakan bayaran antara RM6 hingga RM8.

Selain durian, pengunjung dapat menikmati lapan jenis buah-buahan lain iaitu rambutan, manggis, pulasan, salak, limau madu, duku langsat, dokong dan pisang montel. Promosi itu turut menyatakan setiap pengunjung akan diberikan sebotol air mineral. Program itu bermula dari jam 10 malam dan berakhir jam 10 malam.

Bagaimanapun, ketika tinjauan dilakukan, ramai pengunjung hampa apabila dimaklumkan kebanyakan buah-buahan tempatan yang disediakan untuk program itu sudah habis.Malah, ketika tinjauan kira-kira jam 1 tengah hari dibuat, pengunjung program itu hanya berpeluang menikmati durian.

K Nithiyananthan, 28, dari Senawang, Negeri Sembilan, dia membayar RM24 untuk keluarganya bagi menikmati buah-buahan tempatan kegemarannya seperti pulasan dan duku langsat.“Bagaimanapun, saya benar-benar hampa kerana yang tinggal hanya durian sedangkan buah-buahan lain sudah habis.“Sudahlah tidak dapat makan buah-buahan lain, saya dan keluarga juga tidak diberi air mineral seperti dijanjikan,” katanya.

Pakej makan buah-buah tempatan itu sebahagian daripada acara Agro Kraf Putrajaya yang diadakan selama dua hari mulai kelmarin.Mohd Amin Abdullah, 45, dari Semabok, Melaka, berkata pihak penganjur sepatutnya menyediakan stok buah-buahan yang mencukupi untuk program berkenaan.“Penganjur tidak sepatutnya menggunakan alasan kehadiran pengunjung di luar jangkaan menyebabkan buah-buahan disediakan tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Taman Warisan Pertanian, Tuan Syamsani Tuan Mansor, ketika dihubungi berkata, pihaknya memang tidak menjangka program berkenaan mendapat sambutan di luar jangkaan dengan jumlah pengunjung dianggarkan lebih 20,000 orang.“Kita menyediakan 16 tan buah-buahan bagi program dua hari itu.“Bagaimanapun, apabila jumlah pengunjung terlalu ramai, kita tidak dapat membuat tempahan lain pada masa singkat,” katanya sambil memohon maaf atas kejadian itu.

Comments

Anonymous said…
Lain pula halnya dengan Mohd Salleh, 26, dari Kajang. "Kami pula hanya dapat menikmati langsat,limau dan pulasan. Buah-buahan lain seperti durian dan pisang, kami kutip dari tong sampah, saki-baki orang lain. Air mineral pun kami tak dapat. Memang tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Baik kami beli buah kat pasar malam," katanya dengan nada tak puas hati. heheheh...
RPD said…
eh bila plak aku ckp camtu?...
Anonymous said…
muakakakakaka.......
lawak sehhh iturkkk

Popular posts from this blog

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Salji di Manchester..