Posts

Showing posts from 2016

Aku adalah...

Image
Aku adalah seorang yg pada mulanya seorang kanak-kanak yang sangat sensitif. Kadang perkara kecil akan buat aku menangis. Di sekolah, bukan rakan sekelas yang membuli aku tp guru sekolah rendah aku. Bila remaja aku lalui kehidupan yang sukar, ayah meninggal pada usia aku nak masuk 13 tahun secara tragik dan mengejut. Mak terpaksa sara kami aku dan 5 orang adik aku yg lain. Yang paling bongsu masa tu baru 5 bulan. Aku belajar melihat kerenah manusia pada masa itu. Aku memang tak percaya pada orang lain. Masa ni aku jd seperti tiada perasaan, hati aku keras. Aku takkan menangis, aku tak sedih, aku tak marah, aku takde perasaan.. Aku belajar utk pendam apa yg aku rasa... Bila dewasa, aku mula rs kehidupan yg lebih baik...aku mula meluahkan rs dan perasaan. Aku mula ambil berat, prihatin, sayang malah aku lebih mudah marah. Sebabnya aku dah buka kembali perasaan yang dah lama aku supress dalam diri. Aku cepat sensitif, dulu aku cool sbb aku pendam apa yg sepatutnya aku rasa sekarang aku

Sakit duk kat Malaysia skrg!

Image
Semalam lepas balik dari pejabat, wife bagitau bahawa keadaan ekonomi kerajaan Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar. Kemungkinan apa yang dijanjikan, iaitu kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai 2016 nanti mungkin tidak menjadi kenyataan kerana keadaan kelembapan ekonomi dunia dan penurunan harga minyak global. Selain itu, bagi murid sekolah yang tidak berkemampuan, biasiswa dan bantuan seperti rancangan makanan tambahan pun tiada. Hadoi... terseksa hidup dengan semua benda naik harga ditambah tiada lagi subsidi atas semua barang yang sebelum ni disubsidi. Bagaimana agaknya orang dapat mengawal stress dan tekanan hidup. Baru je dengar pasal ni aku pun ada sedikit stress..dan rasa macam nak marah-marah. Jadi tak heran la kalau ada yang sampai meluahkan perasaan dalam FB tu! Tp apepun hati-hati terutama mereka yg bertugas sebagai penjawat awam sbb banyak mata memerhati.