Posts

Showing posts from October, 2014

Supplement..

Memandu ulang-alik setiap hari sejauh lebih kurang 300km sehari sememangnya tugas yang meletihkan, namun sejak dihadiahkan oleh isteri aku dengan supplement Shaklee dalam 3 bulan lepas, terasa perbezaannya terutama badan kurang letih dan bertenaga untuk bangun awal pagi setiap hari. Supplement yang aku amik adalah vitalea, vita-e dan B-complex.  Bila badan cergas, so boleh la tumpu kerja dan keluarga dengan lebih baik. Disebabkan nak belikan aku set Shaklee ni, wife aku pun dah join jadi agen Shaklee tapi dia kurang pandai dalam nak berniaga ni so kepada sesiapa yang nak beli set Shaklee boleh la refer kat link di bawah: http://kedaishakleesarina.blogspot.com/

Oktober

Image
Banyak perkara berlaku di bulan Oktober, awal bulan ni diumumkan oleh PM kita tentang kenaikan 20sen harga petrol Ron95 (Tahniah atas keprihatinan YAB PM)..kemudian pengumuman bajet 2015, walaupun nampak macam berita baik dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji namun realitinya ianya tidak dapat menampung beban yang terasa akibat kenaikan harga petrol tadi. Dan sebagai golongan pertengahan dalam ekonomi negara, tiada apa yang istimewa dirasakan melalui pengumuman bajet berkenaan. Apapun, kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan yang masih diberikan oleh Allah S.W.T. Hari ni 14 Oktober 2014, genap setahun aku bertugas di Tiang Dua, Melaka. Alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk bertugas di sini walaupun setiap hari merupakan satu cabaran bagi aku kerana terpaksa bangun setiap pagi jam 5 pagi dan keluar sejurus selepas solat subuh dengan perjalanan hampir 2 jam ke tempat kerja setiap hari. Cabaran juga buat isteri aku untuk menguruskan anak2 s