Posts

Showing posts from May, 2014

Temuduga COTI

Image
Beberapa hari lepas aku telah menghadiri sesi temuduga Program COTI untuk Kumpulan Junior. Bagi penjawat awam rasanya tentu familiar dengan term COTI ni. Proses pemilihan untuk terpilih ke Korea bukanlah satu yang mudah dari hampir 400 orang yang terpilih untuk ditemuduga hanya 20 orang sahaja yang akan berjaya. Jadi peluang untuk dapat adalah amat tipis, namun sekiranya ada rezeki InsyaAllah boleh merasa mengikuti pengalaman mengikuti program ini. Sebenarnya setiap temuduga adalah hampir sama, yang penting adalah persediaan. Untuk temuduga COTI, kelemahan yang aku dapati selepas tamat sesi temuduga berkenaan adalah aku lebih banyak bersedia dengan maklumat COTI tapi kurang dari segi bagaimana untuk menyampaikan maklumat berkenaan. Penilaian oleh penemuduga adalah lebih banyak kepada personaliti, penyampaian, cara jawapan berkenaan difahami (tersirat/ tersurat) dan bagaimana kita menyusun perkataan untuk menjawab soalan berkenaan. Tapi yang paling penting juga jawapan kita hendakl

After 7 months...

Image
Dah lama rasa nak update blog ni tapi perasaan malas sentiasa menyekat keinginan tersebut. Hari ini setelah 7 bulan, aku cuba memulakan langkah dengan menulis apa sahaja yang terlintas untuk dikongsikan di dalam blog ni (walaupun takde orang baca...). Bulan ini merupakan bulan ke 7, aku ditugaskan di Melaka dan 7 bulan jugalah blog ni bersawang... Tahun 2014, setakat ini merupakan tahun yang mencabar bagi aku dan keluarga, mungkin ianya tidaklah seberat rakan-rakan aku yang lain. Namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Aku harap aku dan isteri sentiasa tabah dan sabar mengharungi ujian ini. Aku yakin akan ada kelebihan yang Allah akan berikan di atas kepayahan pada hari ini. Untuk release tension dan habiskan masa berkualiti dengan wife ngan anak2 jom jalan2 Cameron Highland!