Posts

Showing posts from June, 2014

Tanda-tanda kegagalan sesebuah organisasi

Ini merupakan keratan artikel yang aku jumpa berkaitan dengan kepimpinan (leadership). Semoga ianya memberi manfaat kepada setiap pemimpin dan organisasi. Kenapa aku kongsikan artikel ni? Sebab aku merasakan sejak 2010 iaitu selama lebih kurang 4 tahun berlakunya kepincangan dan kegagalan dalam organisasi di jabatan tempat aku bekerja sehingga kesannya wujud sehingga ke hari ini... Dysfunctional leadership symptoms and warning signs: Dictatorial Leadership: Management that does not allow disagreements out of insecurity or arrogance. No 360 Degrees Feedback: There is limited or no leadership performance feedback. Personal Agendas: Recruitments, selections and promotions are based on internal political agenda, for example hiring friends to guarantee personal loyalty at the expense of other highly performing and more-qualified employees. Political Compensation: Stock options, bonuses and perks are not fairly linked to performance. Inefficient Use of Resources: Budgets are allocat

Hampir 300km setiap hari...

Image
Hari ni sudah hampir 3 minggu aku meneruskan rutin harian dengan memandu hampir 150km dari Sepang ke Melaka dan 150km lagi untuk pulang ke rumah pada setiap petang yang menjadikan jarak setiap hari pemanduan aku adalah lebih kurang 300km setiap hari. Jarak sehala mengambil masa hampir 2 jam memandu dengan kereta Perodua Kelisa bermakna 4 jam aku berada di dalam kereta setiap hari. Semua ini aku terpaksa lalui kerana tuntutan kerja. Apapun aku perlu kuat dan sumber kekuatan dan tenaga untuk aku meneruskan perjalananku setiap hari pergi dan balik adalah mereka ini... Apapun aku redha dengan perancangan dari Allah ini dan aku percaya setiap kepayahan akan ada kesenangan dariNya...

Reunion Geng Manchester...

Image
Pada hari Ahad yang lepas, Abg Zaini dan Kak Pau jiran sebelah rumah dan host kami semasa di Manchester telah menjemput kami ke majlis kenduri kahwin adik beliau. Setelah hampir 10 bulan kami pulang ke tanah air akhirnya kami dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kenalan di Manchester semasa kenduri tersebut. Semoga perkenalan dan persahabatan yang terjalin sepanjang berada di Manchester akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...