Posts

Showing posts from January, 2013

Terima kasih Abg Zaini dan Kak Pau..

Image
Abang Zaini dan Kak Pau merupakan jiran sebelah rumah di Manchester ni. Banyak jasa baik dan pertolongan yang diberikan kepada kami sejak kami mula-mula menjejakkan kaki di bumi Manchester ni malah sebelum kami bertolak dari Malaysia lagi. Merekalah yang menolong kami untuk mendapatkan rumah sewa di sini hinggalah menyambut kedatangan kami dengan membawa makanan kepada kami pada saat kami pun tak tau hendak mencari makanan halal di mana. Alhamdulillah malam pertama di Manchester kami dibekalkan dengan nasi yang dibawa oleh Abg Zaini. Sepanjang kami di Manchester, Abg Zaini dan Kak Pau lah tempat rujukan kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat...banyak jasa keluarga Abg Zaini terhadap kami sekeluarga dan rasanye tak dapat kami balas. Hanya Allah dapat membalas jasa baik Abg Zaini, Kak Pau dan keluarga. Semalam sempat masak nasi goreng tak seberapa untuk sarapan mereka sebelum bertolak ke airport.. Harap berjumpa lagi di Malaysia In Sha Allah... Edited 30.12.2015: 2 orang dala

Salji di Manchester..

Image
Hari ni 25 Januari keadaan cuaca musim sejuk di Manchester agak membosankan, salji dah tak turun. Kesan salji yang turun dua tiga hari lepas pun dah kering. dEsok pulak diramalkan hujan... Harap salji akan turun lagi, nanti dapat la merasa bermain sledging dan buat orang salji. Orang kata rugi la dah sampai negara mat saleh tapi tak merasa main salji..so kalau takde jugak salji nampaknye kena la explore UK cari tempat masih ada salji. Gambar anak-anak posing kat belakang rumah masa ada salji Salji yang ala ala... orang lama duk sini bagitau salji kat kawasan memang macam ni tak banyak kalo nak banyak pegi belah north Sekarang Pn. Isteri tengah exam...so duk rumah je la jawabnye, tggu exam habis bleh gi jalan2...

Listen! listen! listen!

Image
Sejak beberapa hari ni hangat diperkatakan berkaitan satu video yang telah menjadi viral dengan tagline listen!listen!listen!... Kita semua pernah menjadi student, dan kebanyakan dari kita pernah menjadi mahasiswa jadi satu yang normal untuk seorang student bertanyakan soalan walaupun kadang2 soalan yang dikemukakan adalah soalan yang bodoh. Sebagai seorang yang dewasa dan matang, adakah kita perlu untk marah dan melenting disebabkan oleh soalan2 bodoh berkenaan? Sekiranya kita seorang cikgu atau seorang ibu bapa ditanya dengan soalan2 yang mengarut adakah kita akan marah dan menghentikan anak berkenaan dari bertanyakan soalan atau kita memberikan jawapan yang terbaik dan merasionalkan persoalan yang diutarakan oleh anak atau murid kita Dalam kes video ni, emosi lebih banyak menguasai diri moderator tanpa memberikan jawapan atau fakta yang jelas bagi merasionalkan pandangan atau mindset yang ada pada student berkenaan. Apapun penting utk kita mempunyai fakta yang jelas sama ad

Resepi nasi pilau paling senang...

Image
Bahan-bahan 3 cawan beras basmati 1 Bunjut sup (buka bunjut dan amik isi dlmnya) 1/2 cawan Kismis Bawang besar sebiji Air rebusan ayam Ayam setengah ekor 2 sudu besar serbuk kunyit Sos nando's Minyak utk goreng Cara masak Rebus ayam mcm masak sup ayam. Asingkan ayam dari air rebusan. Ayam kemudian diperap seketika dengan sos nando kemudian dimasuk ke dalam oven suhu 150' celcius hingga masak. Beras dicuci dan direndam dalam air selama 30 minit kemudian tos air Panaskan minyak dan goreng bahan bunjut sampai naik bau kemudian masuk kismis, serbuk kunyit dan bawang. Masuk sikit garam dan goreng sebentar (2 minit). Masukkan beras dan masuk air rebusan ayam dan biar mendidih kemudian kecikkan api, tutup periuk dan tggu sampai nasi masak. Keluarkan ayam dari oven dan hidangkan bersama nasi Ps: Nilah akibatnye jd suri rumah, post resepi la plak hehehehe...

Nak jadi pelukis

Image
Cita-cita masa kecik dulu nak jadi seorang pelukis komik. Kat sekolah aku pernah lukis komik ninja turtle dan ghostbuster kat buku tulis pastu aku akan bagi budak sekelas baca dengan sekali baca 20 sen. Masa tu aku baru darjah 3. Hari ni aku terpaksa lupakan cita-citaa zaman kanak-kanak tu dan fokus dengan kerjaya aku sekarang sebagai penjawat awam. Tapi untuk setahun ni, aku tak bekerja jadi inilah masa untuk aku hidupkan semula seni dalam diri ini. Pensil dah aku beli jadi sekarang untuk mulakan praktis melukis yang dah lama ditinggalkan. Ok mari tengok hasilnya...

Kerja kerajaan vs swasta

Hari ni selepas solat Jumaat di British Heritage, dalam perjalanan balik ke rumah sempat kami berbual kosong berkaitan kerja kerajaan yang pada pandangan orang kerja swasta kerja yang sangat la rilek. Masuk kerja pukul 8.00 pagi keluar pukul 8.30 pegi minum pastu pukul 9.30 masuk pejabat, pukul 10.30 keluar minum lagi...petang minum lagi...balik minum lagi dan lagi lagi minum. Kerja pulak senang tak stress, kalau kerja di kaunter layan macam nak tak nak, kalau berhubung dengan seorang pegawai dengan telefon memanjang tak ada kat pejabat..kejap meeting, pastu kursus, cuti dan seterusnya.. Memandangkan hanya aku sorang yang kerja kerajaan jadi nampak gaya kena tahan je la pandangan 4 orang kawan aku yang kerja swasta ni. Aku bukan la nak mengiyakan apa yang diutarakan oleh mereka tapi ini merupakan apa yang orang kata sebagai stigma atau persepsi terhadap kerja sebagai penjawat awam. Mungkin disebabkan oleh pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam menyebabkan keseluruhan penjawa

Fast forward 2013

Masa bergerak dengan pantas, sekali lagi kita berada di tahun baru tahun 2013. Aku plak setelah setahun meninggalkan blog ni tersadai tiba2 tergerak untuk hidupkan semula blog ni. Maju ke depan dengan pantas melangkau peristiwa yang berlaku selama setahun hari ni aku berada di perantauan di negara mat saleh di bumi England, lebih spesifik di Manchester. Sehingga update post ni aku dah berada di sini selama 4 bulan menemani isteri yang sedang menyambung pengajian di peringkat master selama setahun. Cabaran baru dan peranan baru aku yang sebelum ni sibuk di pejabat dan tempat kerja, hari ni aku adalah seorang suami rumah aka suri rumah yang kena uruskan 2 orang anak, masak, bersihkan rumah.. Walaupun kadang2 rasa tertekan tapi bersyukur sebab diberi peluang merantau ke negeri orang, selain dapat menenangkan jiwa dan perasaan dari politik pejabat yang ntah hape hape... Harap pengalaman kat manchester ni menjadi suatu kenangan dan pengalaman berharga untuk dikongsikan bersama... Wa