Posts

Showing posts from September, 2006

TROUBLE - Coldplay

Artist: Coldplay Song: Trouble Album: Parachutes Oh no, I see, A spider web is tangled up with me, And I lost my head, The thought of all the stupid things I said, Oh no what’s this? A spider web, and I’m caught in the middle, So I turned to run, The thought of all the stupid things I’ve done, I never meant to cause you trouble, And I never meant to do you wrong, And i, well if I ever caused you trouble, Oh no, I never meant to do you harm. Oh no I see, A spider web and it’s me in the middle, So I twist and turn, Here I am in my little bubble, Singing, I never meant to cause you trouble, I never meant to do you wrong, And i, well if I ever caused you trouble, Oh no, I never meant to do you harm. They spun a web for me, They spun a web for me, They spun a web for me.

Aku akan berkahwin pada...

"Bila kau nak kawin?" Aku tak tau la dah berapa kali orang bertanyakan aku soalan ni. Setiap kali berjumpa dengan kawan yang lama tak berjumpa pasti soalan ni akan ditanya. Jawapan bagi soalan ni aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau diikutkan memang la aku pun mempunyai keinginan sebagaimana orang lain, cuma buat masa sekarang aku tengah mencari seorang pasangan hidup yang saling aku sayang dan dia juga menyayangi aku, orang yang boleh menerima aku seadanya dan juga keluarga aku dan aku menerima keluarganya. Sekiranya dah berjumpa dengan orang tersebut aku takkan berlengah lagi untuk terus je berkahwin. Buat masa sekarang, sasaran aku untuk berkahwin adalah pada tahun depan kalo boleh, takpun pada 08/08/2008, dengan sape? Wallahualam..aku sendiri pun tak pasti dan sedang mencari kepastian. Aku harap dengan posting ni, akan menjawab segala persoalan yang bermain dalam benak fikiran kawan-kawan aku yang asik bertanya soalan ni kat aku...

Nyanyuk...

Image
Sejak mula posa ni, rutin aku hari-hari duk depan komputer dr pkl 8.30pg sampai la ke pukul 5.30 ptg, aku rs kepala hotak aku ni dah jd blur dah sbb asik duk depan komputer je. Time rehat dr duk depan komputer pun masa pegi solat tak pun time ada mesyuarat, selebihnya masa aku dihabiskan depan komputer. Nak kata banyak keje tak jugak, bulan-bulan posa ni memang kurang skit keje-keje yg aku dapat, kalo ada pun keje remeh temeh cam translate BI ke BM. Ye la mentang-mentang aku baru kat sini, kerja pun bagi yang remeh temeh je. Ni baru hari ke 5 posa, aku dah rs kepala aku jd berat dah kena pancaran radioaktif komputer ni. Kalo hari biasa ada gak keluar-keluar gi makan tengahari, minum petang, mengular sejak bulan posa ni baik skit duk je kat tempat sendiri walaupun takde keje. Semalam, aku rs mcm org nyanyuk sgt, aku bleh drive kete aku ngan hand brake tak turun. Dah jauh baru la pasan, masa tu tayar kete dah berasap dah. Ingatkan sebab ape la kete aku ni slow, rupanya handbrake tak turu

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya: 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. 2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.' 4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain. 5. Me