Posts

Showing posts from August, 2006

Dunia Kerja...

Hujung tahun ni, bersamaan 29 Ogos 2006 genaplah setahun aku dilantik bekerja sebagai seorang penjawat awam. Sepanjang bekerja banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat, kerenah rakan sekerja dan pegawai2 bawahan. Umpat keji, cakap belakang, kipas bos, sabotaj semua aku dapat rasa semasa bekerje dalam perkhidmatan awam ni. Tak tau la sama ada kat dalam jabatan aku je yang mcm tu atau kat tempat lain pun sama wallahualam aku pun tak tau. Tp tu la, walau baru setahun jagung aku dah dapat rasa semua ni kira advance jugakla.. Dari satu sudut memang la keadaan ni bleh jd mcm satu kudis yang akan memakan sesuatu jabatan atau perkhidmatan, tp jika dilihat dalam sudut positif benda macam ni boleh dianggap sebagai pengalaman dalam bekerja, asam garam supaya kita lebih tabah menghadapi hari mendatang... Tp kesabaran pun ada had dan batasnye... satu hari bleh meletup. Aku rasa aku pun dah nak meletup dah ni...

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Image
Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice Cara Menggunakan : Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu SYABU merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit. KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN * Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas * Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2 - 3 hari * Penurunan berat badan * Tingkahlaku Agressif * Paranoia * Halusinasi HUKUMAN Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki: * 50 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, atau; * 30 gram atau lebih berat syabu hu

Tentang Sebuah Kebosanan...

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh seorang lelaki. Lelaki : “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak cik?” Pak Tua : “Bosan adalah keadaan dimana fikiran kita menginginkan perubahan, sesuatu yang baru, dan sesuatu yang berbeza dalam hidup mengatasi keadaan yang serupa dari waktu ke waktu.” Lelaki : “Kenapa kita merasa bosan?” Pak Tua : “Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.” Lelaki : “Bagaimana cara menghilangkan kebosanan?” Pak Tua : “Hanya ada satu cara, iaitu menikmati kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.” Lelaki: “Bagaimana kita boleh menikmati kebosanan?” Pak Tua: “Tanyalah pada dirimu sendiri, mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?” Lelaki : “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza, Pak Cik.” Pak Tua : “Benar, tambahkan sesuatu yang baru dalam hidup maka kebosanan pun akan hilang.” Lelaki: “Bagaimana menambahkan sesuatu yang baru dalam hi