Posts

Showing posts from 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Kepada semua kawan2 yang mengenali diri aku dan kepada yang membaca blog ini aku ingin mengucapkan; Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin Sekiranya ada salah dan silap aku harap dimaafkan. Kepada yang memandu balik kampung tu berhati2 di jalan raya

Kad Raya

Makluman kepada semua kawan2... Kepada sesiapa yang nak kad raya dari aku sila la bagikan alamat rumah selewat-lewatnye hari Isnin ni. Sekian, TQ

Evolusi Lelaki vs Perempuan

Image

Hari Yang Bermakna

Image
Manusia ni kadang-kadang memang makhluk yang pelik, ada yang tak suka bila diberikan kerja, ada yang bosan bila tidak diberikan kerja, ada yang merungut bila dapat keje dan macam2 lg perangai...pelik..tp tu la manusia sentiasa berubah-ubah kehendak dan keinginan. Hari ni aku rasa seronok dan hepi sebab bos berikan aku kerja, Dulu kalo aku dapat keje mesti aku cam malas2 and bosan2 je, tp hari ni walaupun agak sedikit sibuk tapi aku rasa seronok dan puas sebab hari2 aku kat tempat keje ni dapat dipenuhi dengan aktiviti keje selain aktiviti surf internet, e-mel, YM dan blogging. Maklum la lama dah aku duk melepak dan buat kerja remeh temeh yang entah hape2 ntah....hehehehehehe..ape2 laa layan je. Sebelum balik ni layan lagu dulu laa... Artist: Muse Song: Blackout Album: Absolution don't kid yourselfand don't fool yourself this love's too good to last and i'm too old to dream don't grow up too fast and don't embrace the past this life's too good to last and i&#

Coretan

Kadang-kadang aku rasakan yang ramai orang membencikan aku dalam diam. Ada sahaja yang kecewa dengan perbuatan aku sama ada perkara yang dibuat tu aku sengajakan mahupun tidak. Sememangnya aku sebagai manusia telah mencuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti atau melukakan hati sesiapa, namun perkara yang berlaku tak semestinya boleh dijangka. Aku hanyalah manusia yang bukan sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan mahupun kesalahan. Mungkin kemaafan boleh diberikan tapi harapan dan kepercayaan sudah semestinya sukar untuk diberikan semula. Apabila musnahnya harapan dan kepercayaan, maka tiadalah lagi perasaan hormat dan keperibadian yang terdapat pada seseorang itu. Apa pun sempena bulan yang mulia ini bulan Ramadhan dan disamping menanti ketibaan Syawal aku berharap agar kesalahan atau kesilapan yang aku lakukan dimaafkan dengan ikhlas oleh sesiapa sahaja yang pernah merasa kecil hati, marah ataupun benci terhadap aku. Salam Ramadhan

INFO DADAH - INHALANTS

Image
Inhalants (hisap gam) Meupakan kumpulan bahan yang pelbagai yang termasuk pelarut mudah meruap, gas, dan asid nitrat yang dihidu dan disedut, atau dibungkus bagi menghasilkan kesan toksik yang serupa dengan kesan alkohol. Bahan ini boleh ditemui dalam barangan harian seperti gam, cecair lighter, cecair pencuci dan produk cat. Inhalants boleh disedut secara terus dari bekasnya atau dilembabkan dalam kain buruk dan dimasukkan dalam beg plastik dimana ianya boleh dipekatkan sebelum dihidu. Sesetengah bahan dilukis pada tangan atau kuku atau diletak pada lengan baju atau gelang tangan bagi membolehkan penggunanya secara terusan menyedut bau yang dihasilkan tanpa dapat dikesan oleh guru atau ibu bapa. Walaupun, sesetengah pengguna inhalan hanya menggunakan satu jenis inhalan yang khusus disebabkan oleh bau dan rasa yang dihasilkan, pelbagai jenis bahan lain juga mungkin digunakan bagi mendepatkan kesan yang serupa, mudah untuk didapati dan juga kos. Apabila seseorang itu menyedut bahan ters

LIFE IS THE COFFEE?

Image
A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. The conversation soon turned into complaints about stress in work and in life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee. When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. "What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups and were eyeing each other's cups. Now consider this: Life is the coffee and the jobs, money and position in society are the cups. They are

TROUBLE - Coldplay

Artist: Coldplay Song: Trouble Album: Parachutes Oh no, I see, A spider web is tangled up with me, And I lost my head, The thought of all the stupid things I said, Oh no what’s this? A spider web, and I’m caught in the middle, So I turned to run, The thought of all the stupid things I’ve done, I never meant to cause you trouble, And I never meant to do you wrong, And i, well if I ever caused you trouble, Oh no, I never meant to do you harm. Oh no I see, A spider web and it’s me in the middle, So I twist and turn, Here I am in my little bubble, Singing, I never meant to cause you trouble, I never meant to do you wrong, And i, well if I ever caused you trouble, Oh no, I never meant to do you harm. They spun a web for me, They spun a web for me, They spun a web for me.

Aku akan berkahwin pada...

"Bila kau nak kawin?" Aku tak tau la dah berapa kali orang bertanyakan aku soalan ni. Setiap kali berjumpa dengan kawan yang lama tak berjumpa pasti soalan ni akan ditanya. Jawapan bagi soalan ni aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau diikutkan memang la aku pun mempunyai keinginan sebagaimana orang lain, cuma buat masa sekarang aku tengah mencari seorang pasangan hidup yang saling aku sayang dan dia juga menyayangi aku, orang yang boleh menerima aku seadanya dan juga keluarga aku dan aku menerima keluarganya. Sekiranya dah berjumpa dengan orang tersebut aku takkan berlengah lagi untuk terus je berkahwin. Buat masa sekarang, sasaran aku untuk berkahwin adalah pada tahun depan kalo boleh, takpun pada 08/08/2008, dengan sape? Wallahualam..aku sendiri pun tak pasti dan sedang mencari kepastian. Aku harap dengan posting ni, akan menjawab segala persoalan yang bermain dalam benak fikiran kawan-kawan aku yang asik bertanya soalan ni kat aku...

Nyanyuk...

Image
Sejak mula posa ni, rutin aku hari-hari duk depan komputer dr pkl 8.30pg sampai la ke pukul 5.30 ptg, aku rs kepala hotak aku ni dah jd blur dah sbb asik duk depan komputer je. Time rehat dr duk depan komputer pun masa pegi solat tak pun time ada mesyuarat, selebihnya masa aku dihabiskan depan komputer. Nak kata banyak keje tak jugak, bulan-bulan posa ni memang kurang skit keje-keje yg aku dapat, kalo ada pun keje remeh temeh cam translate BI ke BM. Ye la mentang-mentang aku baru kat sini, kerja pun bagi yang remeh temeh je. Ni baru hari ke 5 posa, aku dah rs kepala aku jd berat dah kena pancaran radioaktif komputer ni. Kalo hari biasa ada gak keluar-keluar gi makan tengahari, minum petang, mengular sejak bulan posa ni baik skit duk je kat tempat sendiri walaupun takde keje. Semalam, aku rs mcm org nyanyuk sgt, aku bleh drive kete aku ngan hand brake tak turun. Dah jauh baru la pasan, masa tu tayar kete dah berasap dah. Ingatkan sebab ape la kete aku ni slow, rupanya handbrake tak turu

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya: 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. 2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.' 4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain. 5. Me

Dunia Kerja...

Hujung tahun ni, bersamaan 29 Ogos 2006 genaplah setahun aku dilantik bekerja sebagai seorang penjawat awam. Sepanjang bekerja banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat, kerenah rakan sekerja dan pegawai2 bawahan. Umpat keji, cakap belakang, kipas bos, sabotaj semua aku dapat rasa semasa bekerje dalam perkhidmatan awam ni. Tak tau la sama ada kat dalam jabatan aku je yang mcm tu atau kat tempat lain pun sama wallahualam aku pun tak tau. Tp tu la, walau baru setahun jagung aku dah dapat rasa semua ni kira advance jugakla.. Dari satu sudut memang la keadaan ni bleh jd mcm satu kudis yang akan memakan sesuatu jabatan atau perkhidmatan, tp jika dilihat dalam sudut positif benda macam ni boleh dianggap sebagai pengalaman dalam bekerja, asam garam supaya kita lebih tabah menghadapi hari mendatang... Tp kesabaran pun ada had dan batasnye... satu hari bleh meletup. Aku rasa aku pun dah nak meletup dah ni...

Info Dadah - Apa itu Syabu?

Image
Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice Cara Menggunakan : Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu SYABU merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit. KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN * Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas * Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2 - 3 hari * Penurunan berat badan * Tingkahlaku Agressif * Paranoia * Halusinasi HUKUMAN Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki: * 50 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, atau; * 30 gram atau lebih berat syabu hu

Tentang Sebuah Kebosanan...

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh seorang lelaki. Lelaki : “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak cik?” Pak Tua : “Bosan adalah keadaan dimana fikiran kita menginginkan perubahan, sesuatu yang baru, dan sesuatu yang berbeza dalam hidup mengatasi keadaan yang serupa dari waktu ke waktu.” Lelaki : “Kenapa kita merasa bosan?” Pak Tua : “Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.” Lelaki : “Bagaimana cara menghilangkan kebosanan?” Pak Tua : “Hanya ada satu cara, iaitu menikmati kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.” Lelaki: “Bagaimana kita boleh menikmati kebosanan?” Pak Tua: “Tanyalah pada dirimu sendiri, mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?” Lelaki : “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza, Pak Cik.” Pak Tua : “Benar, tambahkan sesuatu yang baru dalam hidup maka kebosanan pun akan hilang.” Lelaki: “Bagaimana menambahkan sesuatu yang baru dalam hi

Info Dadah..

Image
Isu-isu Penting Tentang Penagih •98.16 % adalah lelaki •66.65% adalah bangsa Melayu •72.55% terdiri dari golongan belia (25-29 tahun) •79.22% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekuranga-kurangnya tamat tingkatan 3) •89.71% merupakan penagih heroin dan morfin •52.24% terjebak kerana pengaruh rakan dan kawan PENAGIH DADAH Penagih dikesan di Malaysia (1998-2004) = 274,420 Penduduk Malaysia = 25,590.7 Nisbah = 11:1000 Orang P/S: Sekadar Renungan dan Ingatan Tentang Masalah Dadah di Malaysia

Takut Bini....

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang. Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta. Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang. Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini. Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta. Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik. Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari. Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari. Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi. Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya. Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ? Lelaki: Sebenar

Jalan-jalan cari makwe..

Semalam aku ikut rombongan staf aku g kenduri kawin kat Kota Baru. Seronok gak la dapat jalan2 sekali sekala..ye la asik duk ofis je tension je watpe.. Sambil g atas tiket rombongan sambil belajar, bleh la save bajet skit, ye la minyak skrg pun dah naik. Semalam sempat gak la gi Rantau Panjang pastu lepas plak gi Golok kejap shoping2.. aku tak beli ape pun saje jln2 tgk org je. Pastu gi pasar siti khadijah, terbeli baju batik plak..puas aku tawar dapat la harga RM100. Bila sampai je kat rumah baru aku pasan baju tu saiz XL.. besar giler, mana bleh aku pakai. Nak tukar balik takleh sbb aku duk pahang, nak g kelantan jauh wooo. Ntah hape2 ntah.. Pk2 balik wat aku tension je...bknnye murah RM100, nak pakai plak tak boleh,besar sgt. Moral of the story..kita kena pandai memilih, walaupun rasa sesuatu dah sesuai ngan kita tp kita tak tau sama ada ianya padan atau tak ngan kita...kena pastikan btul2 sebelum buat keputusan

Blogku...

Lama betul tak update blog ni... Kesian kat blog aku ni terbiar, tak terurus...sedih wooo..tp nak wat camner kat tempat keje aku takde internet so takleh la nak update blog. Ada peluang gi cc sekali sekala bleh la update.